Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah

PELAKON Tiz Zakiah sentiasa ingin dilihat mampu memegang watak yang berbeza pada setiap drama atau filem lakonannya.

Biarpun Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 28, sudah sinonim dengan watak berat, namun kali ini dia tampil menerusi komedi ringan menerusi Kolestrol vs Cinta.

“Seseorang pelakon itu perlu untuk mencuba watak yang tidak terlalu berat seperti watak komedi. Artis luar negara juga buat perkara yang sama.

“Sebab itu salah satu cara untuk menarik penonton untuk melihat lakonan kita yang berbeza-beza,” kata Tiz

Sementara itu, biarpun sudah lebih 10 tahun dalam industri lakonan, Tiz masih mempunyai perasaan takut untuk melebarkan bakatnya ke pentas teater.

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, perkara tersebut disebabkan dia mengalami masalah ketakutan berlakon secara langsung di pentas.

Malah, Tiz juga akui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon teater kerana tidak yakin dengan dirinya.

“Sejak mula menceburi bidang lakonan sehingga sekarang saya memang ada perasaan nak mencuba untuk berlakon di pentas teater.

“Tapi saya ada masalah takut atau stage fright bila berada di atas pentas. Bila nampak cahaya, terus saya jadi panik, gagap dan hilang suara.

“Saya pernah dengar rakan artis kena rasuk bila berlakon teater. Semua itu merupakan antara sebab yang membuatkan saya takut untuk berlakon teater,” ujarnya.

Menurut Tiz Datin Seri Tiara Jacquelina dan Erma Fatima antara pengarah yang pernah menawarkan dia berlakon dalam teater mereka.

“Sebelum ini saya pernah pergi ke uji bakat untuk teater Saloma, namun selepas itu saya terus tarik diri.

“Saya juga pernah ditawarkan untuk berlakon dalam Natrah dan Tun Siti Hasmah, namun saya terus tolak dan cakap tak nak.

“Memang rasa rugi dan menyesal, tapi lebih baik saya bersedia sebelum buat sesuatu,” kata pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2016.

Terbahru, Tiz bergandingan dalam filem Kolestrol Vs Cinta lakonannya bersama Kamal Adli yang ditayangkan sejak 14 September lalu.

The post Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQ2qeb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.