Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pinda Akta 550: MB Perak minta Jamil Khir menghadap sultan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pinda Akta 550: MB Perak minta Jamil Khir menghadap sultan

Zambry-Abdul-Kadir-Jamil-Khir-Baharom-Sultan-Nazrin-Muizzudin-Shah-Raja-Azlan-Shah

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyarankan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah Raja Azlan Shah berhubung syor meminda Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Menteri besar Perak itu berkata, perkara berkaitan agama Islam termasuk institusi pendidikan Islam swasta dan sekolah tahfiz terletak di bawah kuasa sultan.

“Secara keseluruhanya, masalah yang dibawakan ini adalah masalah kita bersama dan kita juga berdepan masalah itu di peringkat negeri.

“Saya yakin Tuanku pun mempunyai keprihatinan yang sama tapi dari segi berurusan di peringkat negeri, eloklah saya syorkan dibawa dan disembahkan untuk perkenan sultan,” katanya pada sidang medianya selepas Program Menelusuri TN50: Sinergi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor mengesyorkan Akta 550 dipinda bagi membolehkan pendaftaran institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz tertakluk di bawah akta itu, dengan persetujuan kerajaan negeri.

Zahid berkata langkah proaktif itu bagi menyelesaikan masalah yang dialami sekolah tahfiz, termasuk isu keselamatan, memandangkan pengurusan sekolah seperti itu pada masa ini terletak di bawah kerajaan negeri.

Menteri besar Perak berkata kerajaan negeri tidak menghalang usaha menyelesaikan masalah yang dialami sekolah tahfiz.

“Soal sekolah tahfiz ini menjadi keprihatinan kita semua pihak selepas insiden yang berlaku di Keramat. Sebelum ini kami di Perak juga ada (kejadian sama iaitu) Pondok Pak Teh terbakar 2 bulan lalu. Kita juga memikirkan perkara sama,” katanya.

Pembangkang bantu kerajaan

Sementara itu, Zambry menyeru pembangkang mencari jalan penyelesaian bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpin oleh pembangkang seharusnya tidak boleh hidup dalam suasana konfrontasi semata-mata.

“Kepentingan rakyat perlu kita fikirkan. Ada kala politik menjadi kriteria utama dan kalau politik semata-mata menjadi kriteria utama kita tidak akan mendapat hasil yang baik.

“Urusan kerajaan perlu dijalankan. Tidak boleh apabila sesuatu berlaku di peringkat mereka dengan mengatakan masalah itu masalah kerajaan persekutuan…(contohnya) masalah banjir, tandas masalah persekutuan. Kalau suasana ini berlaku maka ia tidak memberi impak yang baik.”

 

Sumber: FMT



Sumber Pinda Akta 550: MB Perak minta Jamil Khir menghadap sultan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yoJ1NE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.