Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Siasat Facebook Sebar Maklumat Palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Siasat Facebook Sebar Maklumat Palsu



SERDANG - Polis akan menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun laman sosial yang didakwa menyebarkan maklumat palsu dengan tujuan memburukkan imej dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, ia berhubung penularan kes ketidakpuasan hati seorang pemilik kenderaan yang dikenakan tindakan saman oleh polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, kelmarin

Difahamkan, pemilik kenderaan pacuan empat roda itu mendakwa tidak berpuas hati dikenakan tindakan saman atas kesalahan kononnya dia menggunakan ‘sun shade’ pada cermin kenderaannya.

Megat Mohd berkata, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki itu ditahan anggota trafik yang menjalankan Operasi Sekatan Jalan Raya di Jalan Serdang Perdana, petang kelmarin.

Menurutnya, pemilik kenderaan tersebut sebenarnya dikenakan saman di bawah Seksyen 4(B) PU(A) 039/91 dalam Akta Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis- Jenis Kaca Tertentu) kerana menggunakan cermin gelap.

Beliau berkata, gambar 'sun shade' yang tular di media sosial bersama surat saman diterima pemilik kenderaan itu adalah gambar yang diambil daripada laman sesawang dan bukanlah gambar sebenar kenderaan tersebut.

“Polis pandang serius aduan tersebut dan akan jalankan siasatan terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan maklumat tidak betul dengan niat memburukkan imej dan kredibiliti PDRM.

“ Tindakan menyebar maklumat palsu boleh diambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15),” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut boleh menjejaskan kententeraman awam dan membangkitkan keresahan masyarakat. - SH


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQYWom

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.