Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pound Sterling Menutup Kerugian Minggu Lalu, GBP/USD Melonjak Naik 90 Pip - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pound Sterling Menutup Kerugian Minggu Lalu, GBP/USD Melonjak Naik 90 Pip

Sterling yang dibuka rendah berbanding dolar hari ini, mengukuh dengan GBP/USD naik hampir 90 pips daripada paras terendah sesi lalu ke paras 1.3569, menjelang Laporan Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank Pusat England (FPC) pada jam 5.30 petang ini.

Sterling pulih berbading dolar daripada kerugian hari Jumaat yang lalu selepas perdana menteri UK, Theresa May berkongsi sedikit maklumat baru tentang bagaimana perlaksanaan Brexit selepas ini.

May menjangkakan tempoh pemindahan sekitar dua tahun untuk UK meninggalkan sepenuhnya kesatuan Eropah, jadi akses kepada pasaran Eropah ketika ini akan berlangsung mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Selepas ucapan May, Agensi penarafan kredit (credit rating) Moody mengumumkan penurunan penarafan kredit UK kepada Aa2 dengan menyatakan pelan kerajaan untuk mengurangkan beban hutang tidak selari dengan tindakan mereka, dan Brexit akan terus menekan ekonomi. GBP/USD merudum jauh ke paras 1.3450 selepas laporan ini dikeluarkan.

Laporan FPC yang dikeluarkan hari ini dijangka akan mengutarakan kebimbangan kredit yang semakin meningkat. Dengan nada yang lebih berhati-hati keyakinan terhadap kenaikan kadar faedah dijangka akan meningkat sekali gus mengukuhkan pembelian pound sterling.

Pasangan matawang GBP/USD kini stabil di atas paras 1.3500, naik 0.19% daripada pembukaan harga pasaran hari ini kepada 1.3536 setakat jam 4.40 petang.

The post Pound Sterling Menutup Kerugian Minggu Lalu, GBP/USD Melonjak Naik 90 Pip appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yB0i7b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.