RM30 Juta Bantu Maahad Tahfiz Seluruh Negara
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi mengumumkan peruntukan RM30 juta oleh kerajaan bagi menaik taraf maahad tahfiz di seluruh negara.
Sambil menyangkal dakwaan kononnya kerajaan tidak membantu membangunkan pusat pengajian berkenaan, Perdana Menteri berkata kerajaan, UMNO dan beliau secara peribadi juga akan terus menghulurkan bantuan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Katanya, bantuan itu akan diberikan kepada keluarga yang kehilangan anak, individu yang cedera dan mereka yang mengalami trauma akibat tragedi berkenaan.
"Pelajar dan ustaz (maahad tahfiz) melakukan ibadah di rumah saya setiap malam Jumaat sejak sekian lama, tragedi ini saya amat memberi kesan mendalam kepada saya," katanya kepada pemberita ketika meninjau pusat tahfiz berkenaan malam tadi.
Najib juga berkata, satu mesyuarat akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Selasa depan bagi menilai semula kelulusan piawaian bomba di maahad tahfiz.
Katanya, berdasarkan tinjauan beliau sebentar tadi, tragedi kebakaran terbabit boleh dielakkan sekiranya tiada pindaan pada pelan asal yang diluluskan pihak bomba.
"Bangunan itu dibina dengan satu laluan keluar, kita tunggu siasatan yang dibuat polis dan bomba sebelum membuat apa-apa kesimpulan.
"Ini takdir Allah, perancangan sudah dibuat supaya mereka berpindah bangunan baharu, dan dijangka selesai dalam beberapa hari," katanya.
Perdana Menteri turut menzahirkan rasa kesedihan dan takziah kepada keluarga mangsa.
"Ini satu tragedi amat sedih dan menyayat hati," katanya. - BHOnline
Foto: BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wwpauo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment