Samsung Galaxy J7+ Dengan Dwi-Kamera Kini Di Malaysia – Berharga RM1599
Lanjutan daripada pengenalan telefon pintar dibawah siri Galaxy J dengan sokongan dwi-kamera di Thailand, kini Samsung Malaysia turut telah mengumumkan penawaran peranti sama untuk pasaran tempatan.
Galaxy J7+ ini merupakan telefon pintar kedua daripada Samsung yang hadir menggunakan sokongan dwi-kamera di belakang. Ia menggunakan gabungan kamera 13-megapixel dan juga 5-megapixel dibelakang untuk tujuan rakaman gambar.
Telefon pintar ini juga turut menyertakan sokongan pembantu maya pintar Bixby, selain ciri Dual Messenger untuk menggunakan dua akaun WhatsApp berbeza pada peranti sama.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.5-inci HD penuh dengan panel Super AMOLED, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera hadapan 16-megapixel. Telefon pintar ini turut disertakan dengan sokongan pengimbas cap jari, bateri berkapasiti 3000mAh, dan menjalankan Android Nougat dengan antaramuka Touchwiz.
Samsung menawarkan Galaxy J7+ ini pada harga RM1599 di Malaysia. Peranti ini boleh dipratempah bermula 12 September sehingga 17 September kelak, dimana pra-tempahan turut hadir dengan penawaran kad memori 64GB secara percuma, dan perlindungan jaminan Samsung Protection Plus untuk gantian skrin serta jaminan lanjutan setahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wanzu4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment