Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya cuci tandas untuk tambah pendapatan - Datuk Fazley - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya cuci tandas untuk tambah pendapatan - Datuk Fazley

CEF selebriti terkenal tanah air, Datuk Fazley Yaakob mengakui pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand.

Menurut Fazley, dia melakukan pekerjaan itu untuk menjana pendapatan sampingan selain mendapatkan duit poket bagi membayar pengajian ketika berada di sana.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India.

"Perkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam.

"Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan.

"Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef," katanya kepada Astro Gempak.

Fazley berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Portal Membeli-belah Jaya Grocer, di Starling Mall, Damansara Uptown, baru-baru ini.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi



Sumber Saya cuci tandas untuk tambah pendapatan - Datuk Fazley

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yD3bEz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.