Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya kenal siapa yang mulut jahat ini, dia juga seorang pelakon” – Papa Ricky nafi besar kepala, berlagak diva dan tidak berdisiplin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya kenal siapa yang mulut jahat ini, dia juga seorang pelakon” – Papa Ricky nafi besar kepala, berlagak diva dan tidak berdisiplin

PELAKON Fadlan Hazim menyangkal dakwaan kononnya dia lupa diri selepas popular menerusi drama Papa Ricky yang disiarkan awal tahun ini.

 

 

"Saya kenal siapa yang mulut jahat ini, dia juga seorang pelakon" - Papa Ricky nafi besar kepala, berlagak diva dan tidak berdisiplin

“Saya kenal siapa yang mulut jahat ini, dia juga seorang pelakon” – Papa Ricky nafi besar kepala, berlagak diva dan tidak berdisiplin

 

 

Fadlan berkata, dia enggan ambil pusing dakwaan tidak berasas itu kerana mengenali individu yang tidak mahu melihatnya berada dalam industri seni lakon.

“Saya tidak pernah lupa diri seperti yang diperkatakan. Bidang lakonan adalah punca rezeki dan setiap kali berada di set penggambaran saya pasti teruja untuk mempamerkan lakonan bermutu.

“Saya sentiasa mengingatkan diri agar jangan angkuh dengan apa yang Allah kurniakan kerana bila-bila masa sahaja ia boleh ditarik semula.

“Saya kenal individu yang bermulut jahat ini. Dia juga seorang pelakon malah ketika sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama dia kurang disenangi di set penggambaran,” katanya yang enggan mendedahkan nama pelakon terbabit.

Menurut Fadlan, pelakon itu yang bersikap diva ketika penggambaran sehingga dipulaukan kru produksi.

“Bukan saya yang besar kepala sebaliknya dia mahu dirinya dilayan seperti diva. Barangkali dia terasa hati apabila kru produksi tidak mahu bergaul dengannya yang tidak fokus dan suka mengganggu orang lain.

“Apabila berada di set saya tidak suka main-main. Saya akan fokus dengan kerja dan tidak melayan ‘drama-drama’ yang berlaku di set. Mungkin disebabkan itu dia menyampah melihat saya sehingga mencanang cerita tidak benar,” katanya.

Terdahulu timbul gosip mengatakan Fadlan tidak berdisiplin ketika membintangi sebuah drama bersiri baru-baru ini. Dia juga dikatakan beberapa kali tiba lewat di lokasi penggambaran sekali gus mengganggu kelancaran penggambaran.

Sumber: Metro



Sumber “Saya kenal siapa yang mulut jahat ini, dia juga seorang pelakon” – Papa Ricky nafi besar kepala, berlagak diva dan tidak berdisiplin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzhn0Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.