Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sentimen Perbankan di UK Paling Teruk Sejak Krisis Kewangan 2008 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sentimen Perbankan di UK Paling Teruk Sejak Krisis Kewangan 2008

Keyakinan dalam suasana perniagaan dalam kalangan institusi kewangan merosot sekali lagi pada suku ketiga. Ini merupakan kejatuhan keyakinan yang paling lama sejak krisis kewangan global, menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Isnin.

Berdasarkan laporan terkini kaji selidik daripada 94 perkhidmatan sektor kewangan mendapati bahawa sentimen perniagaan U.K semakin merosot dengan perbankan dan masyarakat semakin pesimis dengan keadaan semasa.

Hasil cukai korporat dan sektor eksport yang menjadi penanda aras ukuran keyakinan dalam perkhidmatan sektor kewangan juga jatuh dalam tempoh enam daripada tujuh suku tahunan yang lepas.

Ketidaktentuan terhadap masa depan U.K dalam hubungan perdagaangan bersama Kesatuan Eropah turut mempengaruhi industri. Maka U.K harus membuat rundingan hubungan perdagangan mereka bersama E.U bagi membolehkan sektor perbankan terus dapat menjalankan perniagaan di dalam pasaran tunggal.

Perdana Menteri Theresa May pada Jumaat berucap di Florence Itali tentang rundingan Brexit dan apakah pendirian semasa Britain. May hanya menyatakan perkara yang pernah dikatakan sebelum ini dan penjelasan beliau agak samar-samar tentang akibat daripada rundingan ini.

Walaupun dengan tinjauan perniagaan yang lemah, namun pasaran pekerjaan UK terus menunjukkan tanda positif dan dinilai sebagai stabil.

The post Sentimen Perbankan di UK Paling Teruk Sejak Krisis Kewangan 2008 appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hu1Rfa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.