SP Setia Membawa Masuk Perkhidmatan Perkongsian Basikal Mobike Untuk Kawasan Perbandaran Setia Alam
Perkhidmatan perkongsian basikal nampaknya semakin hangat di Malaysia, dengan syarikat-syarikat seperti Obike dan sebagainya sudahpun bertapak di kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.
Terkini, syarikat pembangun hartanah SP Setia dilihat membawa masuk salah satu perkhidmatan perkongsian basikal terbesar di dunia – Mobike yang kini hadir di 170 buah bandar di seluruh dunia ke kawasan perbandaran Setia Alam.
Perkhidmatan Mobike menggunakan basikal rekaan mereka sendiri, yang hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aluminum. chainless shaft transmission, tayar tanpa angin, dan hadir dengan sistem kunci elektronik, GPS dan lampu yang dijana melalui sebuah dinamo yang dicas oleh pengguna basikal Mobike sendiri.
Untuk menggunakan basikal Mobike, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Mobike dari Google Play Store ataupun Apple App Store, dan dari sana, anda perlu membayar deposit RM99 (RM9 sahaja untuk masa terhad), dan dari aplikasi tersebut, anda boleh membuka kunci elektronik basikal tersebut, dan menggunakannya untuk RM1.50 setiap 30 minit.
Basikal-basikal Mobike ini juga tidak mempunyai dok, dan anda hanya perlu meletakkannya di kawasan yang tidak mengacau lalu-lintas kenderaan atau pejalan kaki yang lain. Setelah anda selesai menggunakannya, anda boleh mengunci basikal tersebut, dan pembayaran akan dilakukan melalui kad kredit/debit yang dimasukkan kedalam aplikasi tersebut.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, perkhidmatan Mobike ini dimulakan di bandar Setia Alam dahulu, dan akan diperluaskan di kawasan-kawasan lain di masa akan datang.
Layari laman web Mobike
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vNMyYF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment