Terkini: Kiraan Undi Pilihanraya Jerman, Apa Nasib Euro?
Jerman adalah sebuah negara ekonomi terbesar di Eropah. Oleh itu, sebarang ketidaktentuan dalam politik akan memberikan kesan yang sangat besar kepada matawang Euro.
Kesannya sama seperti pilihanraya Perancis sebelum ini di mana Macron memenangi pilihanraya itu, seterusnya menyokong kenaikan euro dengan jangkaan jika Le Pen pula menang akan menyebabkan kesan sebaliknya kepada euro.
Senarionya agak berbeza dengan pilihanraya Perancis, di mana parti kerajaan CDU pimpinan Angela Merkel telah lama dijangka memenangi pilihanraya. Dalam tinjauan-tinjauan sebelum ini juga menunjukkan CDU jauh meninggalkan pesaingnya di belakang.
Kesan kepada Euro esok, berkemungkinan kita akan melihat gap oleh pair euro.
- Euro dijangka kukuh jika CDU kekal sebagai kerajaan dengan kemenangan selesa, dan begitu juga jika Schulz yang menang pilihanraya ini.
- Namun untuk Schulz berkemungkinan terdapat kejatuhan dahulu sebelum euro mengukuh semula, kerana janji mereka untuk mengurangkan cukai golongan berpendapatan rendah.
- Jika CDU terpaksa membentuk kerajaan campuran, ini juga akan menjadi masalah kepada Merkel. Kita akan melihat kejatuhan Euro pada mulanya dan pengukuhan semula bergantung kepada bagaimana kerajaan campuran ini memberi kesan kepada penggubahan polisi-polisi kerajaan.
- Euro pula akan jatuh mendadak jika terdapat kejutan di mana parti anti-EU memenangi pilihanraya.
The post Terkini: Kiraan Undi Pilihanraya Jerman, Apa Nasib Euro? appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wK3JLs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment