Tiada limpahan di pantai Selangor akibat air pasang besar
Benteng tepi pantai dekat Kampung Sungai Serdang di Kapar, Selangor pecah akibat air laut pasang besar di kawasan itu, 18 September 2016. — Foto ihsan Facebook/Bomba SelangorSHAH ALAM, 20 Sept — Keadaan pantai di Selangor masih terkawal dan fenomena air pasang tidak menyebabkan sebarang limpahan air berlaku di pesisir pantai.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata ban dan benteng pesisir pantai juga dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Tiada kawasan dilapor mengalami limpahan air setakat ini. Kawasan penempatan juga tidak terjejas akibat fenomena ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam kini diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bagi menghadapi fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir sekiranya berlaku angin kencang dan hujan lebat.
Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata kemuncak air pasang di pantai Selangor dicatatkan pada kadar 5.3 meter kira-kira pukul 6 pagi, namun keadaan masih terkawal.
Menurut laman portal Jabatan Pengairan dan Saliran, aras air di Sungai Langat, Bukit Changgang, Kuala Langat berada pada kadar 3.99 meter, manakala Sungai Labu di Kampung Labu Lanjut (Masjid KLIA), Sepang pada kadar enam meter yang menunjukkan trend surut sehingga pukul 11.30 pagi. — Bernama
Sumber Tiada limpahan di pantai Selangor akibat air pasang besar
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w6EY7P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment