“Tinggalkan dia” – Bekas pelacur nasihat Coleen supaya tinggalkan suaminya, Wayne Rooney
“TINGGALKAN dia,” itu nasihat bekas pelacur, Helan Wood kepada isteri Wayne Rooney iaitu Coleen. Helen yang pernah meniduri Rooney pada 2010 juga meminta Coleen supaya `bangkit’.
“Tinggalkan dia” – Bekas pelacur nasihat Coleen supaya tinggalkan suaminya, Wayne Rooney
Rooney kini sedang bergelut untuk menyelamatkan rumah tangganya selepas dia dilaporkan memeluk dan mencium seorang wanita, Laura Simpson di sebuah bar di Chesire, pada malam Jumaat lalu.
Dia kemudiannya ditangkap oleh polis selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
Susulan berita tangkapan berkenaan, Coleen yang sedang mengandung anak keempat mereka terpaksa pulang dari percutiannya di Sepanyol, Coleen juga dilaporkan menghubungi Laura untuk bertanyakan mengenai perkara itu.
Coleen kemudiannya keluar dari rumah mereka yang bernilai RM33 juta bersama ibunya dan mempertimbangkan untuk menuntut cerai daripada Rooney.
Mengulas lanjut, Helen yang pernah memenangi program Big Brother pada 2014, berkata lebih baik Coleen menjadi ibu tunggal kerana Rooney akan terus menyakiti hatinya.
“Sekali dia curang, selamanya dia curang. Bangkitkan Coleen, awak sedang mengandung anak keempat. Saya hanya boleh katakan kepada Coleen `keluar’ (dari perkahwinan),’’ kata Helen.
Dalam kejadian pada 2010 itu, Coleen berdiri di belakang Rooney meskipun kecurangan bintang bola sepak itu dengan Helen dan seorang lagi rakannya, Jenny, telah didedahkan kepada media.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber “Tinggalkan dia” – Bekas pelacur nasihat Coleen supaya tinggalkan suaminya, Wayne Rooney
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wBgkgL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment