Hi! Welcome Back and Stay Tune! Uber Melancarkan Perkhidmatan Penghantaran Makanan UberEATS Di Kuala Lumpur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Uber Melancarkan Perkhidmatan Penghantaran Makanan UberEATS Di Kuala Lumpur

Perkhidmatan penghantaran makanan atas-talian bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat-syarikat seperti FoodPanda, DahMakan dan DCentro sudahpun bertapak di Malaysia, dan mereka bakal bersaing dengan Uber melalui UberEATS.

Hari ini, Uber Malaysia telah secara rasminya memperkenalkan UberEats di Kuala Lumpur, sekaligus membolehkan para pengguna sekitar Kuala Lumpur untuk mebuat tempahan makanan melalui aplikasi UberEats, dan seterusnya menerima makanan mereka dihantar terus dimana pengguna berada – sama ada di rumah atau pejabat. Uber menyediakan sebuah aplikasi berasingan untuk UberEats, tetapi pengguna boleh menggunakan akaun yang sama seperti pada Uber. Buat masa ini, UberEats hanya menyokong pembayaran menggunakan kad kredit atau debit sahaja. Seperti pada aplikasi Uber asal, pengguna turut boleh memantau proses penghantaran dan dimanakah penghantar makanan secara masa-nyata.

UberEats Kuala Lumpur

Menurut Uber, secara purata, UberEats akan menghantar makanan dalam tempoh sekitar 30-35 minit, dan UberEats akan mengecas RM5 untuk penghantaran – tambahan diatas kos makanan. Buat masa ini, di Malaysia, UberEats sedia mempunyai sekitar 200 restoran dibawahnya. Uber turut mengatakan yang mana mereka telah bekerjasama dengan pihak Jakim dalam memastikan mereka mengambil kira sentimemn pengguna tempatan, serta mengasingkan penghantaran makanan halal dan tidak halal.

Layari : UberEats Kuala Lumpur



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xgiXEZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.