Under Cover – Payung Direka Khas Untuk Penunggang Basikal
Menunggang basikal semakin popular di Malaysia dengan pengenalan perkhidmatan seperti Mobike di ibu kota. Namun realitinya di Malaysia kita berada di dalam iklim Khatulistiwa dengan kebarangkalian hujan lebat turun secara rawak. Oleh itu payung khas direka untuk basikal seperti Under Cover adalah amat diperlukan.
Under Cover ialah payung yang direka oleh Thomas Schmidt, seorang pereka yang berasal dari Jerman. Payung ini menghalang percikan air dari hadapan dan sisi ketika mengayuh dengan penutup kepala terbina bagi memudahkan anda melihat. Ini meningkatkan keselamatan ketika menunggang di atas jalan raya Malaysia yang tidak mempunyai laluan khas basikal pada majoriti kawasan.
Payung dipasang pada bingkai basikal dan mudah dilaraskan. Apabila tidak digunakan ia menutup seperti payung biasa dan boleh ditinggalkan di basikal. Bagi yang berminat Under Cover sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula €39 (~RM 196) sebatang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gJJ3Im
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment