Hi! Welcome Back and Stay Tune! Usah spekulasi bukan-bukan, ibu bapa suspek tidak didakwa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Usah spekulasi bukan-bukan, ibu bapa suspek tidak didakwa

Polis belum siap kertas siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berikutan sebahagian pelajar masih menerima rawatan di hospital. ― Foto oleh Choo Choy MayPolis belum siap kertas siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berikutan sebahagian pelajar masih menerima rawatan di hospital. ― Foto oleh Choo Choy MayKOTA BARU, 20 Sept — Polis menolak spekulasi ibu bapa tujuh suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, akan didakwa.

Ketua polis negara berkata kes itu dikategori sebagai juvana dan ibu bapa tidak ada kaitan, lapor Berita Harian.

“Semua pihak, termasuk media tidak perlu membuat spekulasi bukan-bukan mengenai perkara ini. Kami akan kemukakan saranan kepada pihak pendakwaan berdasarkan hasil siasatan,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Mengulas lanjut, beliau berkata kertas siasatan belum siap kerana polis tidak lagi mengambil keterangan pelajar yang masih dirawat di hospital.

Pada masa sama polis juga menunggu laporan Tenaga Nasional Berhad (TNB), bomba, Jabatan Kimia dan forensik.

“Bagaimanapun, kertas siasatan ini akan disiapkan secepat mungkin memandangkan kes ini sudah menjadi 'high profile',” katanya.

Tragedi Subuh Khamis minggu lalu akibat perbuatan khianat mengorbankan 21 nyawa dan dua warden.

Suspek tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan, enam daripadanya positif ganja.

Kementerian Pendidikan juga mendapati mereka adi rekod disiplin sekolah.



Sumber Usah spekulasi bukan-bukan, ibu bapa suspek tidak didakwa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w75VIi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.