Hi! Welcome Back and Stay Tune! WSJ: RED GRANITE SELESAIKAN TUNTUTAN DENGAN K’JAAN AS DALAM KES BERKAITAN 1MDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WSJ: RED GRANITE SELESAIKAN TUNTUTAN DENGAN K’JAAN AS DALAM KES BERKAITAN 1MDB

Pengeluar filem Amerika, Red Granite Pictures Inc, dilaporkan membuat penyelesaian dengan kerajaan AS ekoran tindakan untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan dana berkaitan 1MDB.

Menurut The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, syarikat yang diasaskan bersama oleh anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Riza Aziz – telah menyelesaikan tuntutan terhadap pendapatan masa depan dari filem dan aset lain yang dituntut dalam saman sivil pelucuthakan Jabatan Kehakiman (DOJ).

WSJ melaporkan notis penyelesaian itu telah difailkan di mahkamah AS hari ini tetapi tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut.

Peguam Red Granite, Matthew Schwartz dilaporkan berkata pihaknya gembira kerana akhirnya perkara itu telah diselesaikan dan berharap “dapat memfokuskan semula semua perhatian kami kepada perniagaan filem kami”.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan terma penyelesaian itu.

DOJ mendakwa beberapa filem Red Granite termasuk “The Wolf of Wall Street” dan “Dumb and Dumber To” dibiayai dengan wang yang didakwa diseleweng dari 1MDB, dan telah memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas pendapatan masa depan daripada filem-filem yang terlibat.

Melalui siri saman pelucuthakan, DOJ telah memohon untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion dalam dana yang didakwanya telah diselewengkan dari 1MDB.

Sebelum ini, mahkamah AS minggu ini telah memberikan kebenaran kepada DOJ untuk menangguhkan saman pelucuthakan itu untuk mengelakkan ia menjejaskan penyiasatan jenayah yang sedang berjalan terhadap dakwaan pengubahan wang haram.

Najib telah menafikan menggunakan dana 1MDB untuk mendapatkan keuntungan peribadi, dan peguam negara telah membersihkan beliau daripada sebarang salah laku.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wjZKFi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.