Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zakat Sabah nafi bantuan tular RM400 sekeluarga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zakat Sabah nafi bantuan tular RM400 sekeluarga

Tular menerusi aplikasi Whatsapp sejak semalam, Pusat Zakat Sabah menawarkan bantuan RM400. — Foto ReutersTular menerusi aplikasi Whatsapp sejak semalam, Pusat Zakat Sabah menawarkan bantuan RM400. — Foto ReutersKOTA KINABALU, 20 Sept — Pusat Zakat Sabah hari ini menafikan ada menawarkan bantuan RM400 kepada ibu bapa yang mempunyai tiga orang anak bersekolah pada tahun ini seperti mana mesej yang tular menerusi aplikasi Whatsapp sejak semalam.

Penolong Pegawai Komunikasi Korporat Pusat Zakat Sabah Azwan Ali berkata, “Pusat Zakat Sabah ada menawarkan bantuan pendidikan untuk anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran, namun, bantuan tersebut bukan seperti yang ditularkan.

“Sejak mesej itu tular semalam, kami turut mendapat panggilan daripada orang ramai yang bertanya berhubung kesahihannya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu, Azwan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Pusat Zakat Sabah di talian 088-279206.

Mesej yang tular itu antara lain memaklumkan bantuan tersebut diberikan secara ‘one-off’ dan dimohon setahun sekali sahaja, dengan jumlah bantuan masing-masing RM50 (tadika); RM75 (sekolah rendah agama dan sekolah rendah kebangsaan); dan RM125 bagi sekolah menengah agama dan sekolah menengah biasa. — Bernama



Sumber Zakat Sabah nafi bantuan tular RM400 sekeluarga

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xo4yYZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.