Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Hari Anak Demam Disertai Ruam, Kelesuan, Sakit Mulut, Dan Tidak Berselera Makan, Rupa-Rupanya Anak Hidap Penyakit Kawasaki.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Hari Anak Demam Disertai Ruam, Kelesuan, Sakit Mulut, Dan Tidak Berselera Makan, Rupa-Rupanya Anak Hidap Penyakit Kawasaki..

Ibu ini berkongsi tentang gejala penyakit Kawasaki untuk meningkatkan kesedaran supaya ibu bapa lain tahu bahayanya penyakit ini jika tidak dikesan awal. Mari ketahui apakah itu penyakit Kawasaki!
3 hari berturut-turut anak lelakinya, Caleb (6 tahun) demam disertai dengan ruam, kelesuan, sakit mulut, dan tidak berselera makan.
Ibunya Annie Ingles tidak sangka anaknya itu menghidap penyakit Kawasaki.

Selepas suaminya perasan titik-titik pelik yang penuh dengan air pada lidah anak mereka, Annie mula curiga.
Dia terus menelefon doktor pakar dan menghantar gambar lidah anaknya. Doktor memberitahu Caleb mungkin menghidap penyakit Kawasaki.

Image may contain: one or more people and closeup
“Kami rasa sungguh lega kerana penyakit itu dapat dikesan dari awal untuk mengelak kerosakkan pada jantung,” kata Annie.
Dia telah berkongsi pengalamannya di Facebook dengan harapan ceritanya boleh meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini yang jarang berlaku.
Image may contain: one or more people
Ibu bapa perlu tahu penyakit ini sangat berbahaya dan boleh memberi kesan seumur hidup jika tidak dirawat dari awal. 
Mereka telah menjalani ujian darah CBC (Complete blood count) and ujian gema 2D keesokkan harinya, dan keputusan ujian mengesahkan diagnosis awal doktor. Caleb menghidap penyakit Kawasaki.

Apakah penyakit Kawasaki?
Penyakit ini menjejaskan bahagian mulut, kulit, dan nodus limfatik. Punca penyakit ini tidak diketahui dan ia selalu menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Apabila gejala-gejalanya dikesan awal, kanak-kanak boleh pulih dengan cepat dan dalam hanya beberapa hari sahaja. 
Tapi kalau tidak dirawat sehingga 10 hari selepas mulanya gejala penyakit ini, jantung mereka boleh terjejas.
Image may contain: one or more people, shoes and closeup
Komplikasi termasuklah keradangan saluran darah yang sangat membahayakan jika merebak ke arteri jantung.
Ia juga boleh memberi kesan kepada corak denyutan jantung normal, seperti aritmia serta fungsi injap jantung yang tidak normal.

Bagaimana untuk mengetahui anak saya ada penyakit ini?
Doktor memberi contoh tindak balas badan terhadap keradangan ini adalah seperti tanda demam dan nodus limfatik yang bengkak. 
Selepas keradangan itu reda, organ-organ badan akan kembali pulih kecuali jantung kanak-kanak itu.
Oleh sebab jantung kanak-kanak itu masih berdenyut dengan cepat, penyakit Kawasaki boleh menyerang arteri dan organ jantung. 
Jika tidak dirawat, arteri akan menjadi radang dan boleh menyebabkan aneurisme dan serangan jantung apabila anak sudah dewasa nanti.

Tanda-tanda penyakit ini mengikut fasa.
Fasa pertama adalah demam yang lebih lama dari 5 hari. Fasa ini boleh berlanjut sehingga 2 minggu.
Caleb telah menunjukkan tanda awal, yang lebih dikenali sebagai “strawberry tongue” di mana rupa lidah kanak-kanak itu seperti buah strawberi.
Berikut adalah gejala lain yang ibu bapa perlu tahu:
  • mata jadi merah 
  • ruam pada dada, perut, dan alat kelamin
  • mulut kering dan berwarna merah
  • sakit tekak
  • bengkak pada tapak tangan dan kaki (warna ungu kemerahan)
  • nodus limfatik yang bengkak 
Sebaik sahaja kanak-kanak memasuki fasa kedua penyakit ini, sebahagian besar tangan dan kaki mereka boleh mula mengupas.
Ini juga boleh disertai dengan cirit-birit, muntah-muntah, sakit sendi dan sakit perut.

Bagaimanakah penyakit Kawasaki boleh dirawat?
Ibu bapa perlu tahu penyakit ini terdapat 2 jenis —tipikal dan atipikal.
Penyakit Kawasaki tipikal menunjukkan semua gejala yang sama seperti jenis atipikal, kecuali satu tanda.
Kes Caleb didiagnosis sebagai atipikal kerana demamnya tidak teruk dan dia tidak mengalami nodus limfatik yang bengkak.
Rawatan perlu dijalankan tidak kurang dari 10 hari demam kanak-kanak itu mula, untuk mengelakkan kesan kepada jantung. 
Cara rawatan:
  • Dos gamma globulin secara intravena
  • Dos tinggi Aspirin untuk mengurangkan komplikasi jantung 
Caleb telah melakukan kedua-dua jenis rawatan dan rawatannya tidak murah kerana dos ubat dikira mengikut berat badan pesakit kanak-kanak.

Pengajaran selepas pengalaman penyakit ini? 
Penyakit Kawasaki berbahaya apabila tidak dikesan awal dan dirawat. Ia boleh mendatangkan kesan seumur hidup apabila anak dewasa.
Jangan pandang ringan tanda-tanda penyakit.
Pastikan doktor anda doktor yang berwibawa, teliti dan jenis yang akan mempertimbangkan semua kemungkinan. Yang paling penting, mereka mesti tahu cara bertindak cepat.
Jangan fikir penyakit in tidak mungkin melanda kanak-kanak yang anda kenal.
Baca dan menimba ilmu untuk membantu anda. Sediakan wang yang cukup kerana proses rawatan akan memerlukan banyak wang dan mengambil masa yang lama.
Tiada soalan kerisauan yang tidak munasabah. Oleh itu, jangan teragak-agak untuk bawa anak jumpa pakar kerana pengesanan awal adalah penting.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zvplsC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.