Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ariffin Kassim Sokong Tindakan SPRM Tangani Rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ariffin Kassim Sokong Tindakan SPRM Tangani Rasuah

TAWAU – Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Okt dan dibebaskan semalam dengan jaminan agensi itu menyokong penuh tindakan badan bebas itu dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.

Ariffin berkata berkata beliau memberi kerjasama penuh sepanjang menjadi tahanan reman agensi itu.

“Saya memberikan kerjasama sepanjang soal siasat bersama SPRM dan SPRM turut memberi layanan baik terhadap saya dan tahanan reman lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penahanannya itu, Ariffin berkata SPRM terlebih dahulu menghubungi beliau bagi membantu siasatan dan atas faktor itu dirinya terpanggil untuk ke pejabat SPRM bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan siasatan yang dijalankan agensi tersebut.

“Saya tiada masalah beri kerjasama tetapi ketika ditahan prosedur operasi standard (SOP) penahanan yang dilaksanakan SPRM dengan tahanan reman perlu memakai baju oren dan bergari tangan adalah tidak wajar.

“Pada saya, selagi individu itu tidak dibuktikan bersalah, dia belum lagi bersalah tetapi SOP yang digunakan SPRM terhadap tahanan remannya dipercayai boleh mewujudkan masyarakat berpersepsi bahawa tahanan itu bersalah meskipun belum didakwa,” katanya lagi.

Ariffin bagaimanapun menyatakan pendirian kekal bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi sebuah kementerian pusat antara 2009 hingga 2015.

Sehingga kini jumlah individu yang ditahan SPRM termasuk yang sedang direman dan telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM ialah sembilan orang terdiri daripada anggota politik, ahli perniagaan dan penjawat awam. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNzSNT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.