KAFA teliti baki kontrak pemain muda - Bibi Ramjani
Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata perkara itu penting untuk diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang proses perbincangan dan keputusan diambil.
"Kami telah melakukan perjumpaan secara bersemuka dengan beberapa pemain terbabit untuk mendengar hala tuju serta masalah yang dihadapi mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan beberapa bintang muda Kelantan yang beraksi cemerlang dalam skuad The President Warrior (TPW) dan The Red Warriors (TRW) musim ini menarik perhatian beberapa persatuan yang akan bersaing dalam Liga Super 2018.Antara pemain yang cuba dipancing ialah Mohammad Qayyum Marjoni Sabil, Ahmad Syihan Azmi Mohamed, Mohd Faris Shah Rosli, Nik Azli Nik Alias dan Mohd Daniel Asyraf Abdullah.
Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata KAFA tidak akan menyekat kebebasan pemain mereka untuk berhijrah jika mereka mendapat tawaran lumayan daripada persatuan lain.
"Namun buat masa ini, saya berharap pemain yang menerima tawaran beraksi dengan persatuan lain dapat memberi fokus terhadap perlawanan terakhir Liga Super menentang Melaka United pada 28 Okt depan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
"Walaupun mereka mendapat tawaran, namun perjuangan serta tanggungjawab mereka dengan Kelantan masih belum berakhir," katanya.
-- BERNAMA
Sumber KAFA teliti baki kontrak pemain muda - Bibi Ramjani
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yB7Rx7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment