TPM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata Ahmad Zahid dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa sidang kemuncak itu.
"Timbalan Perdana Menteri juga dijadual memperkenalkan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari pada sidang kemundak kesembilan D-8, sebagai Setiausaha Agung D-8 yang baharu dan akan memulakan tugas pada 1 Januari 2018," katanya.
Ku Jaafar merupakan bekas Duta Malaysia ke Mesir, Brunei dan Qatar bakal menggantikan Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi, yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 selama empat tahun, kata kenyataan itu.
Wisma Putra berkata Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin-pemimpin negara anggota di luar sidang kemuncak, bagi membincangkan isu berkaitan kepentingan bersama.Bertemakan "Mengembangkan Peluang Menerusi Kerjasama", sidang kemuncak kali ini juga adalah bersempena ulang tahun ke-20 D-8 yang ditubuhkan sejak 1997.
Wisma Putra berkata para pemimpin dijangka membincangkan dan mengkaji semula kemajuan serta pencapaian perkongsian selama dua dekad itu.
"Pemimpin-pemimpin juga bakal mencartakan hala tuju kerjasama ekonomi untuk dekad akan datang dalam enam perkara utama -- kerjasama industri dan perusahaan kecil dan sederhana; pertanian dan keselamatan makanan; pengangkutan; tenaga: mineral dan pelancongan," katanya.
Kenyataan itu berkata para pemimpin dijangka mengguna pakai dua dokumen rumusan sidang kemuncak itu, Deklarasi Istanbul dan Pelan Tindakan Istanbul D-8.
Wisma Putra berkata Deklarasi Istanbul mengulangi komitmen negara anggota ke arah matlamat D-8 dan kerangka kerjasama dalam mencartakan hala tuju strategik D-8 pada masa hadapan.
"Pelan Tindakan Istanbul D-8 pula menyenaraikan langkah-langkah dan inisiatif yang akan diambil dalam jangka masa pendek, pertengahan dan panjang untuk meningkatkan kerjasama ekonomi serta pembangunan dalam kalangan negara anggota," kata Wism Putra.
D-8 ditubuhkan pada 15 Jun 1997 di Istanbul, Turki sebagai mekanisme untuk kerjasama dalam sektor ekonomi lapan negara membangun terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kWWwlM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment