Datuk Seri Vida ramal Datuk Siti Nurhaliza hamil anak kembar
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Jutawan kosmetik sensasi negara, Datuk Seri Dr. Hazmizan Othman atau Dr. Vida meramalkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal melahirkan bayi kembar.
Dalam komen yang ditinggalkan pada foto yang dimuat naik Siti Nurhaliza di laman sosial Instagram penyanyi itu, Dr. Vida menulis: “Saya rasa Tok T (Datuk Siti) dapat baby kembar.”
Dr. Vida yang kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci memberi pendapatnya berdasarkan pengakuan Siti Nurhaliza yang memberitahu menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) di sebuah hospital swasta bertujuan menimang cahaya mata.
“Saya punya firasatlah, melihatkan kegembiraan pasangan itu, saya doakan mereka mendapat anak kembar.
“Lagipun alang-alang mereka dah buat rawatan IVF, Insya-Allah boleh dapat anak kembar,” katanya kepada Utusan Online menerusi kiriman mesej WhatsApp.
Dr. Vida juga berkata, pada masa ini Siti Nurhaliza barangkali tidak dapat berkongsi berita yang beliau hamil anak kembar sehinggalah sampai waktunya.
Pada Jumaat lalu, Siti Nurhaliza mengumumkan beliau kini hamil empat bulan yang sekali gus menamatkan penantiannya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa selama 11 tahun.
Pasangan itu bernikah pada 21 Ogos 2006.
Sumber: UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hO1AnC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment