Tak Tahu Nak Trade Forex Dengan Broker Mana? Anda Patut Baca Artikel Ini
Memilih broker yang betul sebenarnya adalah salah satu bab yang paling kritikal dalam trading. Ia akan menentukan semuanya, kerana last sekali adalah keselamatan modal trading dan pengeluaran profit yang menjadi ukuran anda dalam bidang ini.
Ramai yang ambil sambil lewa bab ini, sebab bagi diorang apa sahaja broker sama. Tak mungkin sama sebenarnya. Terlalu banyak jenis broker ada di pasaran, itu tidak termasuk lagi broker yang memang dicipta untuk menipu dan bawa lari duit trader.
Anda tentu biasa dengar kes-kes di mana mungkin menimpa rakan anda, ataupun anda sendiri pernah alaminya, seperti :-
“broker cancel profit trader”
“broker tuduh trader trade cara tak beretika, langgar rules”
“broker buat spike sampai rugikan trader”
“broker closed order yang profit”
“broker ubah stop loss dan take profit”
“broker widen spread kaw-kaw termasuklah slippage gila”
“lepas dah penat trade, profit kaw-kaw, broker siasat pulak sampai lambat withdraw”
“broker tak bayar profit”
Ini biasa terjadi pada ramai yang tidak titik beratkan pemilihan broker yang betul. Broker yang biasanya ada masalah ini adalah broker yang baru setahun jagung dalam pasaran dan, tiada lesen mahupun well known regulator. Apabila tidak di bawah regulator kukuh, maka apa sahaja perbuatan broker tidak diaudit badan khas yang mengawal selia ketelusan broker.
Ini juga soalan yang paling popular bila trader bertanya saya, “Tuan Moshed, tolong beritahu broker mana yang paling ok untuk trade, kami risau betul lah sebab banyak broker scam trader sekarang…”
Saya dah biasa bagi banyak nasihat tentang broker ni, ramai yang dah banyak kali dengar…
Kalau pilih broker, pilih broker yang NDD(tiada dealing desk) execution, pilih broker yang ada regulated besar, pilih broker yang ada segregated account, pilih broker yang itu ini dan sebagainya…
Ok, selepas dah baca banyak nasihat itu dan ini..ramai yang masih tak dapat memilih. Ramai still tanya, “boleh tak beritahu terus broker mana, senang sikit…”
Atas permintaan ramai yang banyak diajukan kepada saya tentang broker ini, saya mengambil keputusan untuk memberitahu sebuah broker yang sudah saya gunakan lebih 3 tahun tanpa masalah dan yang saya paling selesa.
Saya sebenarnya pun takut nak betul-betul announce nama broker ni, tetapi memandangkan saya dah guna lama, dan so far memang terbaik dan tiada masalah. Semua reputasi saya ini, saya letak pada nama saya kot, mestilah seramm sikit takut jika apa-apa terjadi.. tetapi, secara jujurnya saya tiada masalah dalam menggunakan broker ini… so far so good..
Saya ada menggunakan beberapa broker sebenarnya, tetapi untuk rekomen kepada anda, saya memilih broker yang paling bagus untuk direkomenkan kepada anda berdasarkan ciri-ciri yang dicari ramai trader.
Pemilihan broker ini mengambil kira semua aspek, daripada segi keselamatan dana, mudah berurusan dari segi deposit ataupun withdrawal, lesen dan regulator broker termasuklah aspek bayaran pampasan jika terjadi apa-apa masalah.
Di sini saya memilih broker FXPRO untuk direkomen kepada anda. Sila baca sampai habis, untuk tahu kenapa saya pilih broker ini ya!
Jika ingin dikupas secara ringkas, apa yang menyebabkan saya selesa trade di FxPro adalah disebabkan ia adalah broker yang telus dan mengamalkan etika Non Dealing Desk Broker (NDD).
Ini bermaksud apa sahaja order anda, tidak diganggu atau ada campur tangan dari Dealer untuk melaksanakan order tersebut. Sepanjangan saya trade pun, semua order executed dengan cantik, dan take profit dan stop loss pun dapat pada harga yang saya nak.
Broker ini juga tiada gimik promotion bonus dan sebagainya. Jadi anda tak perlu risau kalau ada hidden agenda, sebab memang tiada. Ramai orang terkena dengan broker yang bagi bonus adalah disebabkan ada hidden agenda dalam term and condition bonus tersebut. Di FxPro tiada semua tu.
Selain itu broker ini juga mempunyai lesen Regulator dari FCA UK dan CySec.
Walaupun pelanggan dari South East Asia kebanyakkan diletakkan di bawah lesen CySec tetapi bagi saya ia sudah memadai, dana modal anda dilindungi di bawah ICF (Investor Compensation Fund) jika broker ada apa-apa masalah yang menyebabkan “out of business”. Identiti FxPro di UK juga sudah wujud lama, dan ia bukanlah gimik marketing kononnya ia adalah broker UK. Ia memang wujud di UK.
FxPro jugak mempunyai “client area” yang saya boleh cakap, paling best berbanding broker-broker yang pernah saya trade sebelum ini. Senang deposit dan withdrawal dan dikendalikan dengan pantas.
Cara deposit dan withdrawal macam biasa, neteller, debit card, credit card, wire transfer dan banyak lagi. Oh, ada satu yang best, iaitu anda boleh deposit dan withdraw guna PayPal jugak walaupun terdapat sedikit cas.
FxPro memang sinonim dengan penajaan EPL. Fulham, Aston Villa dan terkini adalah Watford. Kekukuhan modal business bermaksud broker ini memang betul-betul banyak duit.
Banyak lagi, ciri-ciri yang saya nak ceritakan tentang broker ini, tetapi cukup sampai sini dulu. Nanti saya cerita lagi.
Jika anda berminat untuk membuka akaun trading dengan FxPro, sila KLIK SINI
Sebaik sahaja anda membuka akaun itu, anda akan menerima email khas, bantuan daripada Team Moshed untuk sebarang persoalan tentang broker jika menggunakan link di atas.
Saya akan cerita lebih banyak tentang broker.. stay tuned!
The post Tak Tahu Nak Trade Forex Dengan Broker Mana? Anda Patut Baca Artikel Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xPgCEq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment