Isteri tikam dada suami kerana balas mesej 'I love you' pada kekasih
SINGAPURA - Seorang lelaki cedera di bahagian dada selepas ditikam oleh isterinya dengan pisau dapur yang berang apabila mendapati suaminya curang, lapor MediaCorp.
Sebelum kejadian itu berlaku, Nur Fairuzana Ahmad, 30, berada dalam bilik tidur, terdengar suara wanita (mesej audio) dari telefon bimbit suaminya, Muhammad Yasser Abdul Shukor, berbunyi "I love you", yang dipercayai dihantar oleh kekasih suaminya.
Tanpa bersembunyi, Yasser kemudian membalas mesej yang sama kepada kekasihnya.
Berang melihat keadaan itu, Fairuzana kemudian merampas telefon suaminya menyebabkan Yasser terpaksa bergelut untuk mendapatkan telefon bimbitnya semula dan menolak Fairuzana ke atas katil.
Fairuzana kemudian keluar dari bilik dan kembali semula dengan pisau dapur di tangan, mula menjerit dan terus menikam dada lelaki itu.
Yasser terus menahan tangan Fairuzana dari terus menikamnya, menyebabkan pisau di tangan wanita itu terjatuh lalu dirampas Yasser dan dibuang keluar dari tingkap, sebelum menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Fairuzana kemudian ditahan dan dibawa ke Institut Kesihatan Mental bagi menjalani penilaian psikiatri, di mana dia didiagnos dengan kecelaruan penyesuaian dengan reaksi pendekatan akut.
Sementara itu, Yasser mengalami kecederaan di bahagian dada dan kecederaan diafragma dan hati.
Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai dua orang anak, sedang dalam proses perceraian.
Timbalan Pendakwa Raya, Sia Jiazheng, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama dua bulan kerana tertuduh telah menyebabkan kecederaan yang serius ke atas suaminya.
Namun, peguamnya, Vigneesh Nainar, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya berkahwin pada usia 16 tahun dan rumah tangganya mula mengalami masalah sejak Januari 2016 apabila si suami mengaku bahawa dia berniat mahu berkahwin dengan kekasihnya yang dikenalinya di Filipina.
"Fairuzana menjadi keliru, tertekan dan hatinya hancur setelah mendapat tahu perbuatan suaminya itu.
"Yasser juga telah mendera Fairuzana dari segi fizikal dan emosi sepanjang perkahwinan mereka. Keadaan menjadi semakin teruk sejak awal tahun lalu. Sebagai contoh, Yasser pernah memukul Fairuzana (selepas melahirkan anak pertama tahun 2014) dengan kayu snooker sehingga dia tidak boleh berjalan. Yasser juga telah memotong rambutnya bagi tujuan memalukan Fairuzana.
"Polis juga pernah dipanggil datang ke rumah mereka beberapa kali, tetapi Fairuzana masih mahu menjaga rumah tangganya dan mencintai lelaki itu meskipun dia seringkali didera," katanya.
Pada Isnin, 16 Oktober, Fairuzana telah dikenakan hukuman penjara selama enam minggu oleh Mahkamah Komuniti, atas kesalahan mencederakan suaminya di rumah mereka, di Punggol dalam kejadian 17 April lalu.
Sumber Isteri tikam dada suami kerana balas mesej 'I love you' pada kekasih
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kZslu4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment