Hi! Welcome Back and Stay Tune! 60 Pakar Perubatan Sedia Berkhidmat Di Bangladesh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

60 Pakar Perubatan Sedia Berkhidmat Di Bangladesh


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan menugaskan 60 pegawai dan pakar perubatan di hospital medan yang akan dibina di kem pelarian etnik Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kumpulan pertama tersebut yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang akan ke kem pelarian itu sebaik mendapat kebenaran pihak berkuasa Bangladesh.

“Ini adalah satu keputusan jemaah menteri bahawa kita menyediakan hospital medan di Bangladesh untuk membantu pelarian dari sudut kesihatan.

“Kita telah buat segala persiapan untuk pergi ke situ dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” kata Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC kepada pemberita di Rumah Terbuka Deepavali, di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun perincian penugasan termasuk tempoh perkhidmatan mereka di hospital itu belum diputuskan.

Dalam lawatannya ke kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Bangladesh baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Malaysia akan membina sebuah hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkan etnik minoriti Islam Myanmar itu.- Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yuxvBw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.