Bagaimana Pemuda Yang Pernah Tercicir Pelajaran Ini Bina Startup Bernilai Billion Ringgit.
#1-Kenali Siapa Steve Lam Hoi-Yuen.
Steve Lam Hoi-yuen merupakan pemuda yang luar biasa dimana dia telah mengasaskan startup yang bernilai 1 billion.
Siapa sangka yang pemuda yang tidak menamatkan pengajian di peringkat tinggi ini berjaya meraih keuntungan dengan ideanya yang bernas.
Lam dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah, di sebuah kawasan ladang Kowloon. Sehingga kini, dia masih menetap di sana sehingga kini.
Selepas tercicir dalam pelajaran semasa di peringkat sekolah menengah pada tahun 2005, dia berpindah ke US kerana ajakan saudara mara dan mula belajar kembali di kolej komuniti di California.
Dia kemudiannya berjaya menyambung pelajaran di University of California, Berkeley,dalam bidang pengurusan bisnes.
Bagi menyara kos sara hidup, dia melakukan pelbagai jenis kerja seperti menjadi tutor tuisyen, servis membaiki Iphone, basikal dan turut menjual sosej dan juga barangan elektronik di eBay.
Pada awalnya, idea bisnesnya tercetus semasa di bekerja sebagai penghantar makanan sambilan di sebuah restoran masakan Cina.
Dia terfikir untuk membuat perkhidmatan pengiklanan bagi penghantaran makanan mana-mana restoran.
Pada ketika itu, dia baru sahaja pulang ke Hong Kong setelah menamatkan pengajian di US.
Dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan kerja dan untuk keluar daripada masalah kewangan, dia telah mengasaskan sebuah syarikat bersama rakannya Nick Tang Kuen-Wai dan Reeve Kwan Chun.
Setelah beberapa tahun, mereka memilih untuk fokus bagi merealisasikan cita-cita mereka dengan menggunakan simpanan mereka untuk dilaburkan dalam bisnes logistik mereka.
#2-Bagaimana Tercetusnya GoGoVan.
Bermula pada tahun 2010, dia memulakan perniagaanya dengan perkhidmatan membuat penghantaran untuk mana-mana restoran yang memerlukan.
Walaupun idea bisnes tersebut bagus namun Lam mengalami beberapa kekangan untuk merealisasikannya.
Antara kesukaran yang dialami adalah untuk mendapatkan van sewa yang membuat penghantaran.
Lam dan rakan kongsinya mendapati yang setiap pusat panggilan atau ‘call centre’ yang mereka hubungi tidak mempunyai banyak pemilik van yang berdaftar dengan mereka sedangkan banyak van-van yang boleh disewa di luar sana.
Malahan, panggilan mereka banyak kali tidak dijawab oleh staf pusat panggilan.
Melihatkan kepada permasalahan ini dan ‘demand’ bagi perkhidmatan penghantaran, Lam mengasaskan GoGoVan. Satu startup yang berkonsepkan perkhidmatan sewaan logistik untuk kegunaan bisnes.
Lam percaya yang bisnes yang berjaya bermula dengan satu masalah yang harus diselesaikan.
Jika masalah tersebut cukup besar maka ia akan bantu mana-mana usahawan untuk bina syarikat mereka dengan lebih besar pada kemudiannya.
Gogovan adalah satu idea dan usaha yang mereka jalankan dengan penuh minat dan semangat.
#3-Cabaran GoGoVan Bermula.
Namun selepas beberapa tahun, semangat dan cita-cita rakan-rakan bisnesnya semakin pudar.
Mereka memilih untuk menggunakan simpanan dan keuntungan yang mereka perolehi untuk membeli rumah yang termahal dalam pasaran hartanah semasa.
Lam sebaliknya tidak mahu melaburkan wang untuk membeli hartanah.
Menurut Lam, “Jika impian anda untuk membeli rumah, anda hanya akan mendapat rumah. Itu sahaja.
“Saya berharap yang saya dapat memberitahu anak cucu saya suatu hari nanti yang saya bukan sekadar mampu membeli rumah sebaliknya saya adalah seorang ‘game changer’.”
Lam memulakan startup GoGoVan dengan modal sebanyak 2,556 dolar sebagai permulaan yang merupakan wang simpanannya sendiri. Dia sanggup untuk menyimpan dan ikat perut bersama rakan-rakannya kerana percaya yang idea tersebut akan berjaya.
Pada awalnya, mereka telah menyewa sebuah bilik kecil di bangunan lama industri.
Bilik tersebut hanya boleh memuatkan 3 hingga 4 orang sahaja pada satu-satu masa dan lifnya rosak hampir setiap hari. Mereka juga pernah ketiadaan wang selama hampir 2 bulan.
Nasib mula menyebelahi mereka setelah sebuah syarikat dari Singapura berminat untuk melabur dalam syarikat mereka.
Bahkan, syarikat Alibaba Hong Kong milik Jack Ma juga turut berminat untuk melabur dalam startup ini.
Semasa ingin mengembangkan bisnes, dia mengalami masalah di mana rakan bisnesnya tidak mahu melaburkan wang simpanan mereka bagi tujuan tersebut.
Mereka sebaliknya mahu menggunakan wang mereka untuk membeli hartanah seperti rumah. Mereka risau yang sekiranya Lam gagal maka mereka akan kehilangan hartanah mereka.
Sememangnya stigma masyarakat adalah untuk mendapatkan kerja yang stabil, beli rumah, kenderaan adalah definisi kejayaan.
#4-Visi Global GoGoVan.
Dia bercadang untuk mengembangkan bisnesnya ke Tanah Besar China dan Asia Tenggara dan menanam impian untuk menjadi hub logistik bandar nombor satu dunia.
Lam turut mengakui yang generasi baharu mengalami dilema sama ada untuk mengikut stigma masyarakat untuk memiliki hartanah sebagai simbol kejayaan ini atau hidup secara sederhana dan berusaha dan berinovatif untuk mencapai impian mereka.
Secara peribadi Lam mengalakkan golongan milenia agar mengejar impian terlebih dahulu. Bukanlah satu kesalahan untuk mengumpul aset namun kejayaan yang lebih besar akan menanti jika kita merealisasikan impian kita.
Ini juga adalah prinsip perniagaan yang beliau akan pegang hingga bila-bila.
Menurutnya, tidak akan pernah ada masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu, tidak akan pernah ada sumber yang mencukupi untuk memulakan sesuatu, jangan tunggu untuk melakukan sesuatu dan gunakan kudrat sendiri untuk membuktikannya.
#5-Keperibadian Seorang CEO Yang Berjaya.
Walaupun sudah menjana keuntungan berjuta-juta setiap bulan, Lam masih bersikap merendah diri.
Dia masih lagi bekerja dan datang ke pejabat pada waktu hujung minggu dan turut membersihkan pejabat dengan sendiri tanpa mengupah tukang kemas.
Lam menolak tanggapan orang lain yang dia sudah berjaya sebaliknya menganggap dirinya masih belum berjaya.
Lam turut berkata, sebagai CEO dia harus mengakui kelemahannya sendiri dan meyakinkan lebih ramai bakat untuk berkongsi visi mereka.
Dengan keperibadian yang terpuji dan selalu merendah diri, GoGoVan merupakan kejayaannya yang luarbiasa dan fenomena luar biasa yang terjadi menyebabkan syarikatnya bukan lagi startup biasa sebaliknya menjadi kebanggaan penduduk Hong Kong.
Digelar sebagai Uber untuk kegunaan logistik, startup ini mendapat tempat di hati orang ramai dan telah berkembang di 13 bandar di seluruh Asia.
Syarikat ini mempunyai rangkaian pemandu seramai 150,000 orang dan telah menerima 20 juta tempahan sejak dimulakan pada tahun 2013.
Dia mengakui yang syarikatnya pernah hampir bankrap sebanyak 3 kali dan dia cuba sedaya upaya untuk bangkit semula kerana memikirkan tanggungjawabnya berkongsi rezeki dengan 350 pekerjanya dan bagi Lam, itu ibarat menyara 350 buah keluarga.
Sumber Bagaimana Pemuda Yang Pernah Tercicir Pelajaran Ini Bina Startup Bernilai Billion Ringgit.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xSIqV5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment