Bagaimana Untuk Membeli, Melabur dan Menyimpan Dengan Bitcoin.
Bitcoin menggunakan sistem teknologi sama seperti menggunakan wang. Penggunaan Bitcoin kini semakin menjadi ‘trend’ sebagai alternatif kepada penggunaan wang.
Anda boleh memilikinya belajar serba-sedikit mengenai sistem teknologi yang digunakannya atau meminta orang lain menguruskannya untuk anda.
Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk menjadikan Bitcoin sebahagian daripada gaya hidup anda.
#1-Guna ‘Wallet’ Terkawal Jika Anda Seorang Yang Bijak-Tekno.
Bitcoin dihasilkan melalui rekaan program komputer yang mengeluarkan alamat Bitcoin bagi setiap entiti yang mempunyai nilai yang tertentu.
Pemilik Bitcoin ini akan diberikan kunci peribadi yang membolehkan Bitcoin dikeluarkan daripada sistem.
Sejak Bitcoin Core dilancarkan pada tahun 2009, beberapa aplikasi baharu telah dilancarkan.
Seperti perisian original yang lain, “user-controlled wallet” atau “dompet terkawal” ini membolehkan penggunanya menguruskan kunci peribadi mereka sendiri.
Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan terbaharu yang dipanggil “hosted wallets” dimana kunci peribadi mereka akan dijaga oleh pihak ketiga.
Dalam dunia Bitcoin, ‘wallet’ bertindak seperti akaun bank anda.
Jika anda selesa dengan arus teknologi terkini, mungkin anda akan cenderung memilih “user-controlled wallet” yang mempunyai fungsi yang sama seperti wang tunai digital.
Anda juga akan mendapat tawaran privasi yang hebat dan tidak perlu mempercayai pihak ketiga untuk menjagakannya bagi pihak anda.
Jika anda memilih cara ini, anda mempunyai kawalan yang sepenuhnya untuk wang anda.
Namun begitu, secara kontranya,anda berisiko untuk kehilangan kunci peribadi anda akibat kecuaian atau kecurian dan komputer anda juga boleh digodam dan rosak.
Jika anda tidak menyimpan rekod penggunaan Bitcoin anda, anda sememangnya tidak bernasib baik.
“User-controlled wallets” boleh digunakan pada komputer, telefon, aplikasi online dan sebagainya.
Sistemnya terbahagi kepada dua kategori iaitu “full node” dan “simplified payment verification” (SPV). Bitcoin Core adalah sistem untuk pelanggan kategori “ full node” yang akan merekodkan setiap transaksi yang pelanggan lakukan di Bitcoin menerusi komputer mereka.
Saiz fail yang tersedia adalah 51,000 MB, di mana ia akan mengambil masa beberapa hari untuk memuat turunnya dan menggunakan banyak ruangan memori.
Sebagai alternatif, anda boleh gunakan perkakas seperti Bitseed bagi menampung keperluan memori yang besar ini.
Jika anda tidak mahu terikat dengan komitmen memori yang sangat besar, anda boleh menjadi pelanggan kategori ‘lightweight’ dimana anda boleh menggunakan Electrum bagi tujuan yang sama.
Anda juga boleh menggunakan telefon anda sebagai dompet dimana ia tidak akan memuat turun semua perisian Bitcoin dan menelan kapasiti memori anda.
#2-Gunakan “Hosted Wallet” Jika Mahukan Pengalaman Bitcoin Yang Lebih Mudah.
“Hosted wallets” akan diuruskan oleh pihak ketiga yang mana mereka akan menjaga kunci peribadi anda dan melayan anda melalui online seperti perkhidmatan bank online.
Tetapi anda harus memilih siapa yang anda benar-benar percaya kerana pihak syarikat boleh membekukan akaun anda sekiranya anda digodam atau anda boleh kehilangan kunci anda kepada orang lain.
Bagi meningkatkan tahap keselamatan, anda boleh pilih servis yang ditawarkan oleh Google atau Yubikey.
Elakkan daripada menggunakan nombor telefon anda kerana itu akan meningkatkan risiko anda untuk digodam dam mungkin kehilangan jumlah Bitcoin yang banyak.
Sama seperti bank, anda juga boleh memilih alternatif seperti “cold storage” dimana kunci peribadi anda akan disimpan di dalam komputer dan anda tidak akan berhubung dengan internet.
Fungsinya sama seperti wang yang berada dalam peti simpanan besi di bank. Jika anda masih rasa was-was dengan keselamatan yang Bitcoin tawarkan, anda boleh memilih alternatif lain seperti membuat “multi-signature transactions”.
Dengan cara ini, anda tidak perlu memegang kunci peribadi bersendirian sebaliknya berkongsi tanggungjawab dengan orang lain. Tidak timbul soal isu pecah amanah kerana hanya dengan persetujuan dan tandatangan semua pihak
#3-Bagaimana Ingin Mendapatkan Bitcoin.
Jika anda mempunyai “user-controlled wallet”, anda boleh mula membeli Bitcoin melalui perkhidmatan seperti Coinbase, Circle, itBit, Gemini dan banyak lagi. Anda juga boleh juga membelinya di mesin ATM Bitcoin atau di Local Bitcoins.
Hanya daftar akaun di Coinbase, kemudian sambungkan dengan akaun bank anda untuk langkah pembelian yang seterusnya.
Jika tempat anda tiada kedua-dua perkhidmatan ini, anda boleh dapatkannya di Mycelium Local Trader dimana anda boleh aturkan untuk berjumpa dengan seseorang yang mempunyai Bitcoin dan beli daripada mereka.
#4-Bagaimana Untuk Membuat Pelaburan Dengan Bitcoin.
Jika anda tidak merancang untuk membelanjakan Bitcoin seperti wang tunai, anda boleh gunakannya untuk melabur melalui GBTC, satu akaun amanah yang membolehkan pelabur Bitcoin melabur secara terlindung dan selamat.
Setiap unit saham dalam GBTC mewakili 0.1 BTC. Pelabur boleh berkongsi saham mereka secara lansung dengan orang lain jika mahu.
Oleh kerana nilai Bitcoin berbeza dengan wang biasa, anda boleh rujuk kepada laman-laman tertentu seperti http://ift.tt/YbFRL8 dan http://ift.tt/Ntg22I, yang mengajar mengenai nilai semasa Bitcoin dan cara untuk melabur dengan baik.
Sumber Bagaimana Untuk Membeli, Melabur dan Menyimpan Dengan Bitcoin.
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yH3pto
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment