Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew disifatkan mementingkan diri sendiri apabila mengambil keputusan meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu dan menyertai semula syarikat penerbangan tambang rendah, Ryanair.

Tegas bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Bellew seharusnya tidak melupakan tanggungjawab yang telah dipersetujui bersama MAB.

Namun, beliau optimis bahawa keputusan Bellew itu memberi peluang kepada orang tempatan untuk menggalas tanggungjawab memacu kejayaan MAB.

"Tindakan beliau (Bellew) bersifat pentingkan diri dan lupa akan tanggungjawab yang dipersetujui dengan MAB.

"Namun, tidak mengapa (peletakan jawatan). Kini kita perlu melantik orang tempatan untuk menggalas tanggungjawab itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Abdul Aziz meminta Khazanah Naisonal Berhad (Khazanah) tidak mengulangi kesilapan dengan melantik orang luar mengemudi pentadbiran MAB.

Sebaliknya, ujar beliau Khazanah perlu melihat kebolehan yang dimiliki anak tempatan berbanding orang luar selain enggan menamakan mana-mana individu tempatan yang disifatkan layak memimpin MAB.

"Ini kesilapan kita (melantik orang luar). Malah ia kesilapan besar apabila dua orang luar telah berhenti (Christoph Muller dan terbaharu, Bellew)," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz melahirkan rasa sedih berhubung situasi yang melanda syarikat penerbangan nasional itu termasuk perletakan jawatan Bellew.

"Saya rasa amat sedih. Mula-mula mereka bubar Malaysia Airlines dan wujudkan MAB, selepas itu mereka buang hampir 7,000 pekerja, jurutera, juruterbang yang kita latih berpuluh tahun, saya cukup sedih," katanya.

Abdul Aziz pernah memimpin Malaysia Airlines selama 10 tahun selaku Pengarah Urusan dan CEO serta meninggalkan syarikat itu pada tahun 1991.

Pada ketika itu Malaysia Airlines mempunyai tunai RM5 bilion dan mempunyai kehadiran di semua benua.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x4Lj3Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.