Facebook Menguji Paparan Pengalaman Bekerja Seumpama LinkedIn
Facebook kini kian menjadi salah satu rujukan para majikan dalam menyemak latar seseorang pemohon sebelum mengambil mereka bekerja. Kini, dalam usaha memudahkan lagi proses berkenaan, Facebook dilihat sedang menguji sebuah ciri baru yang memaparkan pengalaman bekerja dan resume pengguna – ala-ala seperti LinkedIn.
Buat masa ini, ciri ini sekadar ujian sahaja, dan hanya segelintir kecil pengguna yang dapat melihatnya. Facebook menambah fungsi baru ini pada bahagian “Work and Education” dibahagian profil, dan memaparkan pengalaman anda bekerja dan institusi pembelajaran anda.
Seperti LinkedIn, pengguna turut boleh memilih paparan tarikh dan tempoh masa bekerja melaluinya.
Walaubagaimanapun, pelbagai info yang ditambah tidak diperlihatkan secara umum. Mungkin pengguna perlu memilih untuk berkongsi informasi bersama sesuatu majikan sebelum mereka dapat melihatnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yuIRVT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment