Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jadikan Fattah Amin idola, Alif Muhaimin sedia dikritik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jadikan Fattah Amin idola, Alif Muhaimin sedia dikritik

FINALIS Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin mengakui ada alasan tersendiri untuk memilih pelakon Fattah Amin sebagai idolanya.

Menurut Alif, dia kagum dengan kejayaan yang diperolehi Fattah dan berharap agar suatu hari nanti dia akan diberikan peluang untuk bergandingan dengan pelakon drama bersiri Coffee Prince itu.

"Saya rasa tidak salah menjadikan Fattah sebagai idola kerana dia seorang selebriti yang pandai membawa diri ke tahap lebih bagus.

"Walaupun menerima pelbagai kecaman, dia tetap positif untuk memajukan diri dengan pelbagai perubahan yang dilakukan daripada segi mutu lakonan sehingga meraih anugerah.

"Dia juga merupakan seseorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan bijak mencari peluang yang ada.

"Saya juga sedia dikritik jika ada orang yang mempertikaikan kenapa saya memilih Fattah sebagai idola dan saya mahu mengambil apa yang terjadi pada dirinya sebagai panduan untuk memperolehi kejayaan kelak," katanya kepada Astro Gempak.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman program Hero Remaja yang diadakan di Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.

Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai para finalis Hero Remaja, jangan lupa saksikan rancangan Hero Remaja 2017, setiap hari Khamis pada pukul 9 malam, di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sementara itu, penonton juga boleh menyaksikan 'Hero Remaja x Astro Gempak' secara digital di laman web Astro Gempak.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Sumber Jadikan Fattah Amin idola, Alif Muhaimin sedia dikritik

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gCcddg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.