Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khalid Jamlus minat bantu skuad bola sepak Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khalid Jamlus minat bantu skuad bola sepak Perak

IPOH: Bekas pemain Perak, Khalid Jamlus mengakui berminat untuk menabur bakti dalam barisan kejurulatihan skuad The Bos Gaurus sekiranya mendapat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Beliau berkata pengalaman beraksi sebagai pemain negeri dan negara sedikit sebanyak boleh membantu Perak menggilap bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan dalam kancah bola sepak tempatan.

"Bohonglah kalau saya katakan tak mahu balik ke Perak. Sebagai salah seorang pemain yang pernah menyarung jersi Perak, bangga rasanya kalau dapat kembali menjadi antara sebahagian individu yang membantu melonjakkan lagi mutu bola sepak Perak," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.

Pada 6 Okt lalu, Khalid melalui laman Facebooknya menyatakan kesediaan untuk membantu Perak melahirkan pemain-pemain bintang seperti V. Saravanan, M. Nagarajah, Abu Bakar Fadzim dan Syamsul Saad.

Khalid yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama Perak pada 2000, turut menyatakan bahawa keinginan membantu skuad The Bos Gaurus itu juga bersifat peribadi tanpa didorong oleh mana-mana pihak termasuk penyokong.

Mengulas aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Ipoh pada 15 Okt depan, beliau berkata pemain kedua-dua pasukan perlu fokus dengan taktikal yang dirancang jurulatih.

Khalid berkata kelebihan Perak selaku tuan rumah juga harus digunakan sebaiknya dalam mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin untuk aksi separuh akhir kedua pada 21 Okt.

"Bagi saya, pemain kedua-dua pasukan perlu elak daripada membuat kesilapan mudah dan fokus untuk mencari gol awal Kalau berjaya (mendapatkan gol awal), pastinya pasukan berkenaan akan meraih kemenangan," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Khalid Jamlus minat bantu skuad bola sepak Perak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xsrXW1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.