Hi! Welcome Back and Stay Tune! Asrama tahfiz di Klang musnah terbakar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Asrama tahfiz di Klang musnah terbakar

Tiada pelajar dan kakitangan pusat tahfiz yang cedera atau kehilangan nyawa dalam kejadian yang berlaku petang tadi.

tahfiz-Nur-Al-Quran-di-Rantau-Panjang

KLANG: Empat bilik asrama yang terletak di aras atas bangunan 2 tingkat pusat tahfiz Nur Al-Quran di Rantau Panjang, Kapar di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata kebakaran itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kehilangan nyawa oleh kerana ketika kejadian, kesemua pelajar tahfiz itu berada di aras bawah.

“Bomba dapat panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 2.45 petang dan tiba di lokasi kira-kira 5 minit kemudian.

“Dilaporkan ketika kejadian, 25 pelajar lelaki dan 2 guru yang menghuni di asrama itu berada di tingkat bawah mengikuti kelas mengaji,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata kebakaran yang berpunca dari bilik tengah asrama tersebut dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

“Semua bilik di tingkat atas musnah sepenuhnya dan api berjaya dikawal sebelum merebak ke aras bawah bangunan ini. Punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” kata Zaidi.

Sementara itu seorang pelajar, Ahmad Ammar Rasyid Norhisham, 15, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terhidu dan melihat asap tebal di aras atas premis berkenaan.

Ahmad Ammar berkata dia cuba memadamkan kebakaran tersebut menggunakan sebaldi air tetapi gagal dan memaklumkan kejadian tersebut kepada gurunya yang kemudian menghubungi bomba.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah yang ditemui pemberita berkata beliau dimaklumkan bahawa pusat tahfiz tersebut masih belum didaftarkan.

Beliau berkata pihaknya juga meminta bomba menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian kebakaran itu bagi membolehkan pusat tahfiz berkenaan didaftarkan segera.

Jelasnya, Umno Kapar juga akan memberikan bantuan segera kepada penghuni pusat tahfiz tersebut termasuk menyediakan keperluan asas mereka.

“Buat masa ini mereka akan ditempatkan sementara di inap desa berdekatan,” tambahnya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Asrama tahfiz di Klang musnah terbakar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2za6ljd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.