Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang Long Fadil 2 pecah rekod - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang Long Fadil 2 pecah rekod

FILEM terbitan Astro Shaw dan Skop Productions, Abang Long Fadil 2 (ALF2) mencatat sejarah baru dalam dunia perfileman Malaysia apabila berjaya meraih kutipan RM17.9 juta dalam tempoh 39 hari sekali gus menjadi filem tempatan nombor satu paling laris di Malaysia setakat ini.

Sebelum ini, filem dengan rekod kutipan tiket paling tinggi pernah dipegang oleh filem Polis Evo dengan kutipan RM17.8 juta pada 2015 serta filem The Journey dengan kutipan RM17.28 juta pada tahun 2014.

Kedua-dua filem ini juga merupakan filem terbitan Astro Shaw.

Menariknya, filem yang mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu kini masih diteruskan tayangannya di 40 pawagam tanah air.

Mengulas kejayaan filem keenam arahannya ini, Syafiq Yusof berkata, dia tidak menyangka ALF2 akan menerima sambutan hangat.

Ditanya adakah dia akan meneruskan dengan trilogi, Syafiq tidak menolak kemungkinan itu.

"Selepas filem ini mendapat sambutan, saya memang terfikir untuk hasilkan trilogi Abang Long Fadil, tapi projek itu tidak akan dijalankan dalam masa terdekat.

"Buat masa ini, saya masih sibuk dengan proses akhir filem KL Special Force yang dijangka menemui penonton di pawagam penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

"Insya ALLAH saya juga akan memulakan penggambaran filem terbaru  bergenre psiko thriller pada penghujung tahun ini," jelasnya kepada Media Hiburan.

Tambah Syafiq, dia tidak bimbang untuk mengambil masa bagi mengeluarkan trilogi Abang Long Fadil.

"Kalau ikutkan filem pertama Abang Long Fadil ditayangkan pada 2014 dan kita ambil masa tiga tahun untuk keluarkan sekuel dan Alhamdulillah sambutan menggalakkan.

"Saya tak mahu terburu-buru  keluarkan trilogi hanya kerana sambutan yang diterima kini tapi hasilnya nanti hanya tangkap muat," katanya yang tidak menolak untuk mengekalkan beberapa pelakon sama dari ALF2 bagi siri ketiga nanti.

Filem ALF2 membariskan pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu), Tania Hudson, A Galak, Mas Khan dan ramai lagi.

Abang Long Fadil 2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit.

Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?



Sumber Abang Long Fadil 2 pecah rekod

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2goeybV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.