Misteri ‘Tembok Besar China’ di Kuantan
9/10/17 Malaysiakini
LAPORAN KHAS Memandu di sepanjang Jalan Pintasan Gebeng, yang menghubungkan Jabur di Terengganu dan Gebeng berhampiran pelabuhan Kuantan, biasanya hanya ditemani hutan dan belukar di sepanjang kiri dan kanan sejak ia mula dibuka pada 2006.
Namun sejak 2013, satu bahagian jalan itu di Gebeng - pekan kecil yang terletak 25km dari Kuantan - telah mengalami perubahan.
Kini proses pembinaan sedang rancak berlangsung, dengan kira-kira 1,200 ekar tanah dibersihkan untuk memberi laluan kepada pembangunan yang dikenali sebagai fasa satu Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP).
Jika melihat ke arah taman industri, beberapa bangunan yang masih dalam pembinaan menarik pandangan. Tambahan pula ia dilindungi tembok setinggi lapan kaki. Imej satelit menunjukkan tembok tersebut dibina mengelilingi seluruh tapak projek, dengan anggaran perimeter paling kurang sembilan kilometer.
Cangkuk dipasang pada bahagian atas tembok berwarna kelabu pudar itu, dengan pengecualian di sebahagian kecil dinding yang dibina dengan batu-bata merah, barangkali untuk tujuan estetika.
Bagi penduduk tempatan, tembok itu digelar sebagai "Tembok Besar China" Kuantan.
Tiada apa yang luar biasa dengan tembok itu, tetapi tujuannya untuk memisahkan mereka yang di dalam dengan dunia luar. Ia juga sekali gus mencetuskan spekulasi di kalangan masyarakat setempat.
Orang biasa tidak dibenarkan memasukinya tanpa kelulusan pentadbiran projek. Sejumlah kecil penduduk tempatan yang dibenarkan biasanya mempunyai urusan rasmi atau perniagaan dengan pihak mereka.
Satu-satunya pintu masuk yang ada dikawal ketat oleh pengawal keselamatan tempatan beruniform putih, dan pengawal dari China yang beruniform hitam.
Peluang terbaik bagi orang luar yang ingin tahu keadaan di sebaliknya adalah menerusi bangunan yang sedang dibina itu, yang dihiasi dengan sepanduk bertulis slogan-slogan motivasi dalam bahasa Cina yang digantung pada jaring keselamatan berwarna hijau - seperti yang lazim dilihat di tapak pembinaan oleh syarikat dari China.

Baca seterusnya
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yaOn1E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment