Malaysia Diramal Banjir Besar Bulan Ini
Banjir besar bukan berita mengejutkan bagi rakyat Malaysia terutamanya di bahagian utara dan selatan tanah air yang saban tahun terpaksa meredah kepayahan ekoran bencana banjir, meskipun boleh diangkat sebagai ‘acara tahunan’ namun ia tetap tidak memudahkan orang ramai yang merasai kesengsasaraan setiap kali bencana itu berlaku.
BACA: Pusat Tahfiz 5 Bintang Pilihan Ibu Bapa
Kini rakyat Malaysia sekali lagi bakal dihadapkan dengan ujian apabila Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata taburan hujan yang meningkat menjadi tanda awal akan berlakunya hujan lebat sekaligus banjir besar.
Banjir besar berkemungkinan akan melanda negara bulan ini berdasarkan perubahan tiupan angin monsun yang bermula semalam.
Difahamkan Majlis Keselamatan Negara telah pun dimaklumkan mengenai senario ini agar langkah awal dapat diambil.
Wan Junaidi mendedahkan bahawa pihaknya telah pun membuat tinjauan selama lapan bulan dengan mengkaji pola taburan hujan di setiap kawasan dan mendapati data dikutip tidak sama dengan data yang disimpan di Jabatan Pengairan dan Saliran.
Tambahnya, segala data yang dikumpul pada tahun 2012 sehingga 2014 berkenaan dengan taburan hujan dan banjir tidak lagi relevan dengan data terkini.
Kini, empat jabatan – Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi, Jabatan Laut dan Institut Kajian Hidraulik Kebangsaan – telah pun bekerjsama bagi merancang tambatan banjir di seluruh negara.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xtw8pv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment