Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu

Tun Mahathir (Tun M) perlu berbaik-baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam usaha mencapai kesepakatan antara orang Melayu supaya masa depan politik negara lebih baik.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, Mahathir perlu memikirkan masa depan negara supaya Melayu tidak berpecah belah dan kembali kepada perjuangan asal.

“Jika dulu, Tun M menentang perjuangan Lim Kit Siang yang jelas tidak sehaluan dengan Umno, mengapa kini, Tun M bersama DAP?

“Perjuangan mereka hanya mahu memecah belah bangsa Melayu dan saya nasihatkan supaya Tun M fikir semula apa yang dilakukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Majlis Makan Malam Sempena Perhimpunan Agong Tahunan Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Hotel Perdana, di sini.

Abdul Aziz berkata, beliau mengharapkan Tun M dapat memikirkan semula perjuangan asal orang Melayu yang dibawanya sebelum ini dalam Umno.

“Saya merayu kepada bangsa dan pimpinan parti Bersatu kembali kepada kepercayaan asal dan dapat kembalikan maruah Melayu.

“Memang kami amat kecewa dengan senario politik kini yang menyebabkan keadaan pecah belah. Kita perlu pentingkan peluang dan masa depan untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita,” katanya.

Abdul Aziz menyeru supaya mereka yang menyanjung tinggi agama dan bangsa agar rapatkan semula hubungan.

“Kita mahu Melayu terus kuat, lagipun kita tidak ramai, kalau Tun M sayangkan Umno, beliau sepatutnya kuatkan perpaduan dan jangan pecah belah.

“Saya minta agar mereka sedar dan Mubarak mengharapkan Melayu kembali semula kepada pimpinan terdahulu yang memperjuangkan hak-hak Melayu yang disanjung tinggi,” katanya.



Sumber Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z82KC9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.