Hampir setahun isteri meninggal, Jalaluddin Hassan umum bakal berkahwin lagi, facebook temukan cinta dengan ibu tunggal
SELEPAS hampir setahun isteri meninggal dunia, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan memutuskan untuk berkahwin lain bagi menghilangkan rasa sunyi dalam hidupnya.
Jalaluddin, 63, berkata, beliau kini dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal, juga adik kepada rakan baiknya yang dikenali pada bulan Ramadan lalu.
“Sewaktu bulan puasa hari tu, saya menghantar ucapan selamat menyambut bulan ramadan kepadanya melalui laman Facebook.
“Selepas itu, kami bertemu buat kali pertama di rumah terbuka kawan baik saya,” ujarnya kepada mStar Online.
Beliau ditemui ketika majlis pelancaran teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada Isnin.
Menurut Jalaluddin, dia sama sekali tidak menyangka wanita itu merupakan adik kepada kawan karibnya.
Malah dia juga sempat berkongsi gambar wanita itu dengan wartawan selain memberitahu wanita yang berasal dari Melaka itu bermula dengan huruf Y.
Ketika diajukan mengenai perancangan berumah tangga, beliau menjelaskan sudah bersedia untuk menamatkan zaman dudanya itu.
“Saya dah bersedia untuk kahwin tapi saya mahu tunggu cukup tempoh setahun lepas kematian arwah isteri saya.
“Tapi kalau nasihat ayah saya, sekarang juga dia mahu saya kahwin,” katanya dalam nada berseloroh.
Isteri Jalaluddin iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.
Mereka mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan memiliki lapan orang anak dan 14 cucu.
Sumber: Mstar
Sumber Hampir setahun isteri meninggal, Jalaluddin Hassan umum bakal berkahwin lagi, facebook temukan cinta dengan ibu tunggal
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xtebqS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment