Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mesir layak ke Piala Dunia 2018 selepas benamkan Congo 2-1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mesir layak ke Piala Dunia 2018 selepas benamkan Congo 2-1

ISKANDARIAH : Selepas hampir lebih dua dekad, akhirnya impian pasukan bola sepak Mesir untuk beraksi di Piala Dunia FIFA 2018 menjadi kenyataan, selepas berjaya menewaskan Congo dengan jaringan 2-1.

Kejayaan itu dilakar dalam perlawanan yang berlangsung di sebuah stadium tentera di bandar Pelabuhan Iskandariah pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.

Mesir muncul negara dari benua Afrika kedua selepas Nigeria yang menempah tiket ke kejohanan berprestij itu yang akan diadakan di Rusia.

Penyerang sensasi Mesir Mohamed Salah yang kini bermain dengan kelab ternama Liverpool ternyata tidak menghampakan penyokong Mesir, apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-63 dan 93.

Susulan kejayaan itu, Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi meluluskan ganjaran sebanyak 1.5 juta pound Mesir (kira-kira US$85,000) untuk setiap pemain sebagai tanda penghargaan. 

Kali pertama Mesir beraksi di kejohanan Piala Dunia pada 1934, diikuti pada 1990 yang berlangsung di Itali. 

-- BERNAMA



Sumber Mesir layak ke Piala Dunia 2018 selepas benamkan Congo 2-1

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y55bFq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.