5 Tabiat Buruk Yang Menggugat Keyakinan Diri
Untuk melakukan sesuatu dengan berjaya, walau dalam apa jua bidang, kita harus ada keyakinan diri yang tinggi untuk mencapainya.
Untuk meyakinkan orang lain yang kita akan berjaya, terlebih dahulu kitalah yang terlebih dahulu harus yakin dengan diri sendiri.
Ada sesetengah orang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi sejak kecil seolah-olah mereka dilahirkan dengannya.
Ada juga yang mempunyai keyakinan yang tinggi setelah mempunyai ilmu dan pengalaman yang banyak.
Ramai juga yang bergelut untuk membina keyakinan diri dan masih gagal untuk menjadi yakin dengan sepenuhnya.
Tanpa kita sedari, sebenarnya, kita mengalami dilema yang berkaitan dengan keyakinan diri kerana beberapa tabiat buruk yang kita sendiri lakukan tanpa sedar.
Ubah tabiat buruk ini dalam hidup anda dan lihatlah perubahan yang akan berlaku dalam diri anda.
#1-Bersederhana Dalam Dunia Media Sosial.
Sebenarnya, dalam kehidupan, kita banyak kali berasa kecewa kerana kita sering membandingkan diri kita dengan orang lain berdasarkan apa yang kita lihat di FB, IG dan lain-lain.
Sebenarnya budaya membanding-bandingkan orang lain ini telah lama menjadi barah dalam masyarakat kita.
Jika dahulu, orang-orang di sekeliling suka bertanya dan bergosip perkara yang tidak sepatutnya dan membuat perbandingan pencapaian orang lain, kini barah itu masih lagi menjalar tetapi telah dimodenkan.
Jika dahulu orang membandingkan apa yang di depan mata atau orang yang mereka kenali sahaja, tetapi kini dengan media sosial semua orang bebas mengatakan apa dan siapa sahaja.
Asalkan anda mempunyai akaun mana-mana media sosial, pasti anda boleh melihat bagaimana kehidupan orang lain yang anda sukai dan yang anda tidak sukai.
Daripada situ, secara tidak lansung anda boleh melihat perbezaan hidup anda dengan mereka.
Mungkin anda akan berasa yang pencapaian anda kecil berbanding mereka walaupun sebenarnya mungkin sudah pun mencukupi sebenarnya pada ketika itu.
Anda juga mungkin menginginkan sesuatu yang menjadi ‘trend’ yang disukai ramai sedangkan anda sebenarnya bukanlah benar-benar menginginkannya.
Ini sebenarnya menambah beban yang tidak perlu bagi anda secara berterusan, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi untuk menarik perhatian di media sosial.
Jika anda tidak melakukan perkara yang sama seperti orang lain dan berhenti melakukannya kerana tidak mampu, anda sendiri akan berasa rendah diri kerana anda meletakkan keyakinan diri anda bukan kerana apa yang anda miliki tetapi apa yang anda pamerkan.
Berapa ramai orang di luar sana yang cuba untuk ‘upload’ gambar terbaik walhal itu bukanlah momen yang menjadi rutin harian mereka secara konsisten.
Mereka palsukan kehidupan mereka daripada realiti sebenar untuk tatapan ramai hanya kerana mahukan pengesahan dan perakuan daripada komuniti sosial yang sebenarnya bukanlah sepenting yang disangka.
Jangan hidup dengan terlalu bergantung kepada media sosial. Keyakinan diri yang sebenar datang daripada dalam dan terserlah ke luar bukannya sebaliknya.
#2-Pemikiran Yang Negatif.
Cuba berhenti sejenak daripada melakukan sesuatu dan fikirkan berapa kali sehari kita berfikiran negatif.
Seawal pagi lagi, saat kita melihat ke arah cermin, kita akan mengkritik wajah kita sendiri. Kita mungkin bisikkan kata-kata negatif kepada diri kita seperti kita ini gemuk, tidak menarik, terlalu kurus, berkulit gelap dan sebagainya.
Kita harus jadi lebih positif dan berfikiran realistik. Jangan takut untuk lakukan sesuatu hanya kerana kita tidak mahu mendapat ‘TIDAK’ dan ‘GAGAL’.
#3- Obses Dengan Kesempurnaan.
Setiap orang ada matlamat mereka masing-masing. Mereka tahu apa yang mereka ingin lakukan dan mereka ingin hasilkan untuk membentuk acuan diri yang paling sempurna.
Kesempurnaan yang hakiki tidak akan pernah muncul untuk mana-mana manusia. Jadi, berhentilah mencari dan menjadi yang sempurna, sebaiknya sentiasalah berusaha untuk menjadi dan memberikan yang terbaik.
Tidak perlu letakkan beban yang tidak perlu pada diri sendiri.
Jika kita terlalu mementingkan kesempurnaan, kita akan sentiasa merendahkan diri sendiri jika kita gagal mencapainya.
Buat matlamat hidup secara realistik dan capailah secara perlahan-lahan.
#4-Berikan Kuasa Diri Kepada Orang Lain.
Ramai orang sering berasa rendah diri kerana mereka tidak dapat mengawal diri mereka sendiri.
Golongan ini mudah mengikuti kata orang berbanding mendengar kata hati sendiri dan sering berasa takut untuk membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadapnya.
Ramai orang rasa bersalah kerana mereka tidak dapat menentukan dan mengawal kehidupan mereka sendiri.
Apabila hal ini berlaku, mereka mula percaya yang mereka tidak berhak untuk menjalani kehidupan yang mereka mahukan sebaliknya kehidupan yang diatur.
Mereka akan selalu bergantung kepada orang lain dan seringkali juga berasa seperti bernasib malang dalam hidup.
Oleh kerana selalu berasa rendah diri dan tidak yakin, mereka membuatkan orang lain juga berpendapat yang mereka ini harus selalu dibantu oleh keluarga dan orang terdekat dalam kehidupan seharian.
Mereka yang sering mengalami masalah ini selalunya disebabkan persekitaran mereka dibesarkan mungkin terlalu negatif atau keluarga mereka terlalu mengongkong.
Sebenarnya, jika anda tidak berpuas hati atau rasa tidak selesa dalam satu-satu situasi atau tempat, anda sentiasa ada pilihan.
Jangan biarkan orang lain menidakkan keupayaan anda, buatlah keputusan yang terbaik. Jangn biarkan orang lain melayan anda dengan teruk.
Jika kita yakin dalam membuat keputusan dan bertindak dengan betul dan baik, orang lain juga akan menghormati kita.
Kita juga akan menarik orang yang positif dan berada dalam lingkungan yang positif. Beranikan diri untuk lakukan sesuatu yang anda tidak pernah lakukan.
Sumber 5 Tabiat Buruk Yang Menggugat Keyakinan Diri
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yaTwXg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment