Hi! Welcome Back and Stay Tune! Karl Shafek Cerita Detik Cemas Terperangkap Dalam Kebakaran Mid Valley - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Karl Shafek Cerita Detik Cemas Terperangkap Dalam Kebakaran Mid Valley

karl shafek cerita detik cemas terperangkap dalam kebakaran mid valley

Kredit foto: Mstar & Instagram Karl Shafek

Pengacara dan pelakon Karl Shafek akui tidak sangka menjadi antara yang terperangkap di dalam pusat beli-belah Mid Valley sewaktu kebakaran yang berlaku pada malam Sabtu lalu.

Aktor berusia 37 tahun itu juga tidak tahu siren kecemasan yang dilaungkan tanpa henti kira-kira jam 7 petang itu adalah amaran kebakaran yang menuntut para pengunjung supaya meninggalkan bangunan.

Sejurus sedar, dia menyiapkan urusannya di sebuah kedai pakaian dengan segera sebelum bergegas keluar.

"Ingatkan fire drill, tapi pelik pula kalau pengurusan buat fire drill ketika hujung minggu dan ramai pengunjung.

"Siren itu dibunyikan agak lama dan saya lihat semua premis menutup kedai tergesa-gesa dan meminta pengunjung untuk keluar dari bangunan.

"Malah, pengumuman juga dibuat dalam keadaan panik.

"Lantas, saya menyegerakan urusan di sebuah butik pakaian di tingkat lima Mid Valley ketika itu dan berlari keluar daripada bangunan. Semua orang tergesa-gesa bertempiaran mencari jalan keluar ketika itu," katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Karl mengulas mengenai kejadian kebakaran kecil di pusat beli-belah Mid Valley yang berpunca daripada sebuah kedai serbaneka yang terletak di aras LG.

Dalam pada itu, pengacara itu akui berasa panik menghadapi situasi cemas berkenaan.

Ini kerana Karl tidak pernah mengalami peristiwa seumpamanya sebelum ini.

"Saya sendiri pun blur tiba-tiba. Mungkin sebab tak pernah lalui situasi sebegini.

"Dalam kepala saya hanya mahu keluar daripada bangunan kerana risau kebakaran menjadi lebih buruk. Memang takut dan panik!" katanya lagi.

Akhirnya dia berjaya keluar menerusi pintu tengah, seterusnya meninggalkan premis tersebut sebelum pihak bomba menyusul datang sekitar jam 7.30 petang.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Sumber berita: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gnXClE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.