Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengaku Tidak Bersalah Guna Harta K’jaan Negeri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengaku Tidak Bersalah Guna Harta K’jaan Negeri

IPOH – Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyalahgunakan harta kerajaan negeri bagi meluluskan pembayaran baucar dengan nilai keseluruhan RM11,108 dua tahun lalu.

Noor Faezah Mohd, 34, yang ketika kejadian bertugas sebagai Penolong Akauntan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, meminta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim S.Indra Nehru.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menyalahgunakan Peruntukan Kecil Kerajaan Negeri Perak Belanjawan Bagi Tahun 2015 dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM3,240 kepada Syarikat Sricomp Solutions tanpa pengetahuan ketua jabatan iaitu Penolong Pengarah Kanan JKR Cawangan Mekanikal Perak, Ahmad Fikri Mohamed Omar pada 26 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan baucar bayaran bernilai RM3,868 dan RM4,000 ke akaun syarikat sama, masing-masing pada 30 Jun dan 8 Julai 2015.

Tertuduh yang kini berkhidmat sebagai Penolong Akauntan di Hospital Taiping didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Jabatan Kerja Raya Cawangan Mekanikal Perak, Lorong Lahad, di sini.

Noor Faezah didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh tidak diwakili.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 23 Okt ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hCd3X4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.