Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tempat Lain Boleh, Tapi Bukan Di Sekolah- SRK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tempat Lain Boleh, Tapi Bukan Di Sekolah- SRK

WALAUPUN sudah berusia 52 tahun, Shah Rukh Khan masih lagi menjadi pujaan hati gadis yang ‘gilakan’ filem Hindustan terutama di India.

Kini, Shah Rukh Khan (SRK) telah meminta jasa baik pihak paparazi di Mumbai agar tidak mengganggu privasi anak bongsunya, AbRam Khan ketika berada di sekolah.

AbRam kini sudah berusia empat tahun dan mula bersekolah di Dhirubhai Ambani International School di sana.

Sekolah itu dikatakan sering menjadi pilihan selebriti di Mumbai kerana pengurusan sekolah yang bagus serta turut sedia maklum dengan ciri keselamatan bagi murid keluarga berada.

Permintaan hero Hindustan itu agar pihak media untuk tidak merakamkan gambar anaknya ketika berada di sekolah adalah bagi memberi keselesaan kepada si kecil itu.

Namun, SRK memberi kelonggaran kepada pihak paparazi bagi mengambil gambar meraka ketika berada di mana-mana majlis yang dihadiri, cuma bukan di sekitar sekolah.

Rimas agaknya si kecil tu. Pergi mana-mana sahaja mesti ada paparazi yang tak sudah ambil gambarnya. Tu lah, comel sangat awak ni!

Sebelum ini, ramai paparazi sanggup menunggu AbRam tamat waktu persekolahan semata untuk rakam gambar si kecil yang comel itu sehinggakan mereka sanggup menunggu lama di luar kawasan sekolah.

Menurut portal India.com, SRK tidak mahu sesiapa pun merakamkan gambar anaknya ketika berada di sekolah kerana risau jika AbRam berasa tertekan dengan kehadiran lensa kamera.

AbRam merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab bagi SRK menjaga keselamatan anaknya itu agar tiada perkara yang tak diingini berlaku.

“Dia mahu anaknya bebas dan seronok di sekolah dengan kawan mereka.

“Lagipun, menurut SRK, paparazi sudah banyak merakam gambar AbRam dan kali ini biarlah dia rasa hidup bebas tanpa menjadi tumpuan kamera,” kata sumber daripada portal India.com.

Bagus juga SRK buat syarat macam tu. Bukan apa, kanak-kanak ni mereka mudah terasa diganggu. Yelah, budak tu kecil lagi kan.

Risau jika dia berasa rimas dan kemudian langsung tak mahu ke sekolah, sudah satu masalah pula bagi SRK dan isterinya, Gauri Chibber kalau berlaku perkara macam tu. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yG5oC4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.