Hi! Welcome Back and Stay Tune! Psiko! Tak dapat si mak, lelaki curah asid pada si anak berang kerana wanita itu enggan tinggalkan suaminya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Psiko! Tak dapat si mak, lelaki curah asid pada si anak berang kerana wanita itu enggan tinggalkan suaminya

GILA… Seorang kanak-kanak menjadi mangsa apabila mukanya dicurah asid oleh seorang lelaki yang meminati ibunya.

 

Psiko! Tak dapat si mak, lelaki curah asid pada si anak berang kerana wanita itu enggan tinggalkan suaminya

Psiko! Tak dapat si mak, lelaki curah asid pada si anak berang kerana wanita itu enggan tinggalkan suaminya

 

 

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu, Aditya Raj, dari kawasan miskin Gurugam, utara India, telah diculik oleh lelaki berkenaan.

Lelaki itu berbuat demikian selepas ibu Aditya iaitu Soni, 26, enggan meninggalkan suaminya iaitu bapa Aditya.

Selepas menculik Aditya, lelaki itu telah mencurahkan asid ke muka kanak-kanak berkenaan sebelum membiarkannya untuk mati, di dalam tong sampah pada bulan Disember lalu.

“Anak saya ditemui dalam tong sampah dengan mukanya menjadi cair. Sudah 10 bulan berlalu tetapi saya rasa seperti baru semalam berlaku. Saya melihat anak saya menderita setiap hari,’’ kata Soni.

Soni telah diganggu oleh jirannya, Mangal, 27, sejak tahun lepas. Walaupun Mangal mengetahui Soni sudah berkahwin namun dia kerap meminta Soni meninggalkan suaminya.

Disebabkan gangguan itu, Soni dan keluarganya telah berpindah ke tempat lain namun Mangal dapat mengesannya. Dia menculik Aditya ketika kanak-kanak itu sedang bermain dengan kawan-kawannya.

Dalam pada itu, penderitaan yang dialami Aditya itu menyebabkan kerajaan dan NGO tampil membantu mengumpul dana untuk proses rawatan dan pemulihan Aditya.

Kanak-kanak berkenaan telah dirawat oleh Dr. Avtar Singh Bath dan beliau telah menjalankan pembedahan di bahagian mata dan hidung Aditya.

“Ketika dibawa kepada kami, kanak-kanak itu mengalami 30 peratus lecur di badannya dengan bahagian paling teruk adalah di bahagian mata,

“Kami juga menjalankan pembedahan di bahagian hidung dan tidak lama lagi satu lagi pembedahan akan dijalankan di bahagian pipi kanan dengan ambil kulit di bahagian perut,’’ kata Dr. Avtar.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Psiko! Tak dapat si mak, lelaki curah asid pada si anak berang kerana wanita itu enggan tinggalkan suaminya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wTK2gd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.