Rita Rudaini Pentingkan Gandingan Untuk Keserasian
MUNGKIN bagi sesetengah pelakon berpendapat menjadi teraju utama dalam sesebuah drama atau filem sudah membawa keuntungan kepada mereka dan meletakkan soal gandingan di tempat kedua.
Namun tidak bagi pelakon Rita Rudaini, yang mengakui sangat mementingkan gandingan jika dia diberi watak utama.
Katanya, keserasian bersama pelakon yang bergandingan dengannya penting untuk mengelakkan rasa kekok dalam lakonan.
Menurutnya, pasangan yang digandingkan mestilah nampak sepadan dengan dirinya serta watak yang diberikan.
“Selagi masih ditawarkan watak utama, saya menitikberatkan gandingan dalam drama atau filem bagi memastikan tidak kekok kerana perbezaan usia yang ketara. Kadang kala, saya turut memberi cadangan kepada pihak produksi untuk dipertimbangkan.
“Perkara sebegini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ada drama yang menyaksikan watak ibu dan anak dilihat sebaya.
“Buat waktu ini, saya masih menjaga perkara sebegini kerana tidak mahu dijadikan bahan ketawa penonton pula. Jika dirasakan tidak sesuai, saya akan menolak tawaran itu secara baik,” katanya dipetik BH Online.
Dalam pada itu, ibu tunggal kepada dua orang anak ini menjelaskan restoran Rumah Kueh miliknya yang terletak di Kota Damansara itu ditutup kerana kekangan waktu.
Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan yang katanya restoran itu gulung tikar kerana menghadapi masalah dalaman.
Menurut Rita, ianya satu cabaran untuk menguruskan banyak perkara dalam satu masa yang sama lebih-lebih lagi apabila dia sibuk dengan komitmen berlakon selain menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal.
“Bukan untung atau rugi yang menjadi punca utama saya memilih untuk menamatkan operasi Rumah Kueh bermula bulan puasa lalu. Perniagaan itu sendiri belum pun mencapai usia setahun, jadi sukar untuk menentukan sama ada balik modal atau tidak.
“Sebaliknya, saya mengambil keputusan itu kerana tidak menang tangan untuk menguruskan pelbagai perkara. Seharusnya, saya meluangkan banyak masa di restoran bagi menguruskan kewangan kerana sebagai pemilik, saya perlu tahu aliran keluar masuk duit.
“Bukan kerana saya tidak mempercayai orang lain, namun banyak juga (isu membabitkan wang) yang terjadi. Mungkin pada masa akan datang, sekiranya saya tidak dapat berada di restoran, sekurang-kurangnya ada anggota keluarga yang boleh membantu menguruskan bisnes,” katanya.
Dalam perkembangan lain pula, Rita baru sahaja selesai menjalani pengambaran drama 50 episod yang bertajuk Seputih Cinta Rang Bulan.
Drama itu turut dibintangi pelakon popular seperti Fasha Sandha, Fizz Fairuz, Fezrul Khan dan Dayana Roza. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kX0ta9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment