Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM17 Juta Tangani Hakisan Pantai Di Kelantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM17 Juta Tangani Hakisan Pantai Di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM17 juta bagi menjalankan projek menangani hakisan pantai di Pantai Kundur dan Pantai Mek di sini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata projek sepanjang tiga kilometer dijangka bermula seawal Februari tahun depan dengan proses tawaran tender dibuat bulan depan.

“Sebelum ini kita telah melaksanakan projek kecemasan di kawasan berkenaan selepas melakukan kajian berikutan kedua-dua pantai berkenaan terhakis dengan teruk sehingga memusnahkan rumah penduduk sejak 2010.

“Justeru, sebagai langkah jangka panjang, kita akan melaksanakan projek hakisan ini yang mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan bagi menangani masalah tersebut daripada berulang,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek hakisan pantai di Pantai Cahaya Bulan yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata skop projek berkenaan membabitkan antaranya penambakan pasir serta pembinaan lapis pindung batu.

Ditanya mengenai persiapan banjir, Wan Junaidi berkata Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) dijangka dapat digunakan pada hujung tahun ini.

Beliau berkata sistem berkenaan yang dipasang di kawasan hulu di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan kos RM15 juta itu boleh memberi amaran kepada pasukan penyelamat sekurang-kurangnya dua hari sebelum banjir melanda.

Sementara itu, kementerian dalam kenyataan yang diedarkan kepada media kemudian, berkata Kajian Hakisan Pantai Negara (NCES) yang dilaksanakannya menerusi JPS pada 2015 bagi menilai dan meneliti isu hakisan pantai secara menyeluruh telah siap.

“Hasil kajian tersebut mendapati 15.3 peratus daripada keseluruhan 8,840 km panjang pantai di negara ini mengalami hakisan dengan Kelantan menghadapi masalah hakisan paling serius.

“Panjang keseluruhan pantai di Kelantan adalah 179.5 km dengan 19.8 km (11 peratus) daripada pantai tersebut telah mengalami hakisan dengan Pantai Pulau Kundur dan Pantai Mek Mas merupakan yang teruk terjejas apabila terhakis antara 10 dan 18 meter setahun,” demikian menurut kenyataan tersebut. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yRIaJh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.