Sakit bukan halangan Yazit untuk aktif
PENGASAS dan pemain dram kumpulan Rampage, Yazit Ahmad, 55, mengakui masih berupaya meneruskan karier seninya dan sudah bersedia untuk bergerak aktif bagi mempromosi album pertama mereka berjudul Rampage Rempuh yang dilancarkan secara rasmi hari ini.
Pada Julai lalu, Yazit yang menderita masalah buah pinggang dimasukkan ke hospital di Brunei akibat semput ketika menunggu penerbangan pulang ke Malaysia.
Pada awal bulan lalu pula, Yazit yang juga pengasas kumpulan Search dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat masalah jangkitan kuman dalam perut.
Yazit berkata, dia tidak pandai duduk diam dan perlu mengeluarkan album supaya dapat mengisi kehidupannya dengan aktiviti.
“Saya tidak boleh duduk termenung begitu saja dan hanya memikirkan mengenai sakit yang dideritai. Apabila ada album baru, sekurang-kurangnya saya dapat bergerak ke sana ke mari berjumpa pelbagai pihak.
“Banyak perkara yang dapat saya lakukan antaranya berkongsi pengalaman dengan pemuzik dan peminat serta bercerita berkenaan album ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia juga sudah menyediakan pelan promosi album ini terlebih awal bagi mengelakkan sebarang kesukaran terhadap semua pihak.
“Saya hanya perlu menjalani proses dialisis selama tiga hari seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu dari jam 6 pagi hingga 11 pagi.
“Jadi, sebaik selesai proses ini pada Sabtu, saya sudah boleh bergerak ke mana-mana termasuk luar Kuala Lumpur untuk sesi promosi album dan buat persembahan bersama Rampage,” katanya.
Yazit berkata, sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan, dia tidak perlu bimbang kerana anggota Rampage iaitu Moq (penyanyi), Rithan (gitar), Zham (bass) dan Jemboo (gitar) memahami situasinya dan bersedia membantu.
“Saya memuji mereka yang amat sabar dengan masalah saya. Tidak pernah kedengaran sebarang rungutan sepanjang mereka bersama saya.
“Malah, kesabaran mereka menunggu album ini selama 17 tahun sehinggalah dipasarkan sekarang menjadi bukti mereka berjiwa besar,” katanya.
Sebagai penghargaan buat peminat, Rampage akan mengadakan persembahan di House@G Tower, Jalan Tun Razak pada 4 November ini, jam 10 malam.
The post Sakit bukan halangan Yazit untuk aktif appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z2Mgul
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment