Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Saya tidak akan tunduk' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Saya tidak akan tunduk'

KUALA LUMPUR: "Saya tidak akan tunduk terhadap serangan berbentuk peribadi. Saya tetap bertekad untuk terus memerangi rasuah."

Itu jawapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, ketika mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan beliau terbabit dalam hubungan sulit dengan isteri orang.

"Kami tidak akan tunduk kepada tekanan. Kami akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan negara ini bebas daripada pihak yang terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Tuduhan yang dilemparkan ini adalah tindakan yang kotor dan keji, dengan niat untuk merosakkan reputasi saya dan usaha SPRM dalam memerangi rasuah," katanya ketika diwawancara TV3, hari ini.

Dzulkifli berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, sebelum ini menasihatkan Dzulkifli supaya tetap teguh dan tidak tunduk kepada taktik sesetengah pihak bertujuan untuk melemahkannya.

Tahun lalu, SPRM bertindak ke atas pegawai kanan Jabatan Air Sabah dan menemui semula lebih daripada RM50 juta wang tunai yang dipercayai diselewengkan, sekali gus menjadi rampasan terbesar di negara ini.

Tiga orang telah didakwa di mahkamah setakat ini berkaitan kes pengubahan wang haram, yang juga dikenali sebagai skandal Sabah Watergate.

Sehingga Julai tahun ini, SPRM telah menyiasat 56 kes di Sabah, yang sebahagian besarnya menangani tuntutan palsu untuk projek yang dikatakan tidak pernah dijalankan.

Antara kes berprofil tinggi yang baru-baru ini disiasat oleh SPRM ialah siasatan ke atas penyelewengan sehingga RM1.5 bilion dalam peruntukan projek persekutuan untuk golongan miskin di Sabah menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

SPRM turut menahan dua adik Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung kes terbabit dan dijangka membuat lebih banyak tangkapan.



Sumber 'Saya tidak akan tunduk'

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hMKsi9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.