Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selagi masih jadi heroin, Rita Rudaini tak mahu berlakon dengan aktor lebih muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selagi masih jadi heroin, Rita Rudaini tak mahu berlakon dengan aktor lebih muda

Pelakon sensasi, Rita Rudaini, tidak mahu berlakon di sisi aktor lebih muda dan tampak kurang sepadan dengan dirinya.

Mementingkan soal gandingan sama ada di skrin televisyen mahupun layar lebar, Rita, 41, akui beliau sangat menitikberatkan perkara terbabit bagi mengelakkan rasa kekok dalam lakonan.

“Selagi masih ditawarkan watak utama, saya menitikberatkan gandingan dalam drama atau filem bagi memastikan tidak kekok kerana perbezaan usia yang ketara. Kadang kala, saya turut memberi cadangan kepada pihak produksi untuk dipertimbangkan.

“Perkara sebegini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ada drama yang menyaksikan watak ibu dan anak dilihat sebaya.

“Buat waktu ini, saya masih menjaga perkara sebegini kerana tidak mahu dijadikan bahan ketawa penonton pula. Jika dirasakan tidak sesuai, saya akan menolak tawaran itu secara baik,” katanya ketika ditemui sewaktu menghadiri majlis pelancaran produk terbaru Safi Rania Gold Beetox, di sini.

Sementara itu, Rita menyatakan beliau sudah pun menutup restoran Rumah Kueh yang diusahakannya di Kota Damansara pada Ramadan lalu kerana masalah kekangan waktu.

Katanya, bukan mudah untuk beliau menguruskan perniagaan miliknya itu kerana terikat dengan komitmen kerja sebagai pelakon dan juga tanggungjawab ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

“Bukan untung atau rugi yang menjadi punca utama saya memilih untuk menamatkan operasi Rumah Kueh bermula bulan puasa lalu. Perniagaan itu sendiri belum pun mencapai usia setahun, jadi sukar untuk menentukan sama ada balik modal atau tidak.

“Sebaliknya, saya mengambil keputusan itu kerana tidak menang tangan untuk menguruskan pelbagai perkara. Seharusnya, saya meluangkan banyak masa di restoran bagi menguruskan kewangan kerana sebagai pemilik, saya perlu tahu aliran keluar masuk duit.

“Bukan kerana saya tidak mempercayai orang lain, namun banyak juga (isu membabitkan wang) yang terjadi. Mungkin pada masa akan datang, sekiranya saya tidak dapat berada di restoran, sekurang-kurangnya ada anggota keluarga yang boleh membantu menguruskan bisnes,” katanya.

Sumber: BH Online

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2giRNpr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.