Hi! Welcome Back and Stay Tune! US Dolar Kekal Hampir Di Paras Terendah 2 Minggu Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

US Dolar Kekal Hampir Di Paras Terendah 2 Minggu Lalu

U.S dolar kekal rendah mengampiri paras terendah 2 minggu lalu berbanding matawang utama pada hari ini berikutan perhatian para pelabur terhadap laporan inflasi yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Matawang U.S dolar kembali menguat selepas laporan yang dikeluarkan Jabatan Buruh U.S menunjukkan tuntutan pengangguran jatuh melebihi jangkaan iaitu kepada 243 000.

Laporan lain juga positif apabila harga pengeluar (PPI) meningkat 0.4% pada bulan September, selari dengan jangkaan. Harga pengeluar teras (Core-PPI) tidak termasuk makanan dan tenaga juga meningkat 0.4%.

Data tersebut dikeluarkan selepas minit mesyuarat ahli FOMC yang berbeza pandangan berkenaan tempoh kenaikan kadar inflasi.

Pemain pasaran juga memberi tumpuan terhadap laporan harga pengguna (CPI) pada malam ini dan juga laporan jualan runcit U.S.

EUR/USD stabil pada bacaan 1.1831, manakala GBP/USD meningkat 0.01% ke paras harga 1.3303.

Pound menguat berikutan kenyataan oleh akhbar German pada hari Khamis yang menyatakan U.K boleh kekal dalam kesatuan Eropah untuk 2 tahun lagi. Sterling juga jatuh pada awalnya selepas ketua perunding EU Michel Barnier mengumumkan bahawa rundingan ke-5 ini tidak dapat menghasilkan kata putus.

Manakala Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi menyatakan pembelian aset ECB akan diteruskan sehingga ada tanda-tanda kemajuan terhadap inflasi yang lebih kukuh. Beliau juga menyatakan, kadar faedah mungkin akan berada di paras semasa sehingga selepas bank pusat berhenti membeli aset.

USD/JPY jatuh 0.14% kepada 112.12, manakala USD/CHF kekal pada 0.9753.

Matawang Australia dan New Zealand dolar kekal menguat dengan AUD/USD meningkat 0.37% iaitu pada 0.7849 dan NZD/USD meningkat 0.29% pada 0.7148 berikutan import China meningkat 18.7% bulan lepas dan eksport meningkat sebanyak 8.1%.

China merupakan rakan ekport terbesar Australia dan New Zealand pula merupakan rakan kedua eksport terbesar.

The post US Dolar Kekal Hampir Di Paras Terendah 2 Minggu Lalu appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z4RlSV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.